Blog Maya Dot Com

Jeju Island, Korea : Seoungeup Folk Village

Destinasi terakhir kami di Jeju ialah Seoungeup Folk Village.
The oldest village in Jeju-do aged 200 years and the folks are still living here traditionally.
You may try Korean Traditional Hanbok here with a fee of KRW10 000.
This is also the setting for Korean drama called “Jewel in the palace”

Sampai-sampai je kat pintu masuk terus Raihan explain pasal 3 batang pagar ni.
Katanya kalau tiga-tiga batang pagar ni naik maknanya tuan rumah takde kat rumah, so kau takpayah la pekik panggil sampai perit anak tekak.
Memang ia takde kat rumah dan taktau lagi nak balik bila.

Kalau pagar yang tengah tu je kat bawah, maknanya tuan rumah keluar jap.
Sat sat gi balik la tu. So hampa tunggu la sat.
Kalau 2 batang kayu ke bawah, maknanya tuan rumah ada kat bawah.
Bagi la salam lalu tunggulah dijemput dan masuk.
Ada paham?

Kami disambut oleh seorang Ahjumma.
Dia terangkan la segala mala info tentang perkampungan ni dalam Bahasa Korea.
Raihan la translate kan untuk kami.
Dia cerita kata orang perempuan Korea dulu-dulu kuat dan berdikari.
Boleh hangkut tong air berat sorang-sorang je.


: :  Bersungguh ia menerangkan dalam bahasa Korea nya : :


: : Raihan la yang translate untuk kami : :


: : Siap demo ha : :

Perkampungan ni masih diduduki oleh penduduk yang bangga dan selesa tinggal di tempat asal tradisi mereka.

Encik Z ada download cerita Jewel in The Place ni.
Dan tak silap saya dulu dulu dulu saya pernah jugak nonton.
Tapi of coz la tak dapat nak recall sangat celah mana yang shootingnya.
Janji memang kat sini lah tempatnya 🙂

Lepas tu masuk dalam satu rumah kecik.
Ooo nak cerita/promote barang jugak la kiranya.
Ada ginseng, cream, teh bagai.


: : Tak ingat pulak saya teh apa ni : :


: : Ni semua yang satu grup satu van dengan saya.  Satu lagi van yang Kina drive tu : :


: : Rambut pun dah kusut masai : :


: : Ni krim kuda tak silap : :

Ada jugak dipromote snail cream.
Ahjuma tu dok cerita dalam bahasa Korea dia la.
Lepas dia cerita tu setiba-tiba Yaya pulak explain kat kitorang semua.
Dah tanjat la Ahjuma tu. Dengan saya sekali la tanjat.
Dah cemana pulak anak aku paham bahasa Korea ni.
Ahjuma tu tanya la pada Raihan, sebab dia ingat anak Raihan.

Raihan pun bagitau la “Ni Ama, Ni Apa”
Sambil tunjuk kat kat saya dengan Encik Z.
Ahjuma tu senyum-senyum buat thumbs up.
Sebelum tu Yaya dok ‘Pali pali’ kat kitorang.
Pali pali tu maksudnya cepat cepat.
Tu yang start Ahjuma tu terkagum dengan Yaya.
So saya nak kena hantar Yaya gi kelas bahasa Korea ke cemana ni?


: : Sungai yang dah bertukar jadi ais : :

Dapat berkenalan dengan Auntie Iza dan Mieza dari Penang.
Depa selalu jalan 2 beranak je sebabnya husband Auntie Iza dah meninggal.
Mieza anak tunggal.
“Yaya, nanti awak dah besar ada rezeki kita jalan berdua ceni ek?
Boleh Ayah jalan dengan kawan-kawan dia pulak :)”
Baik sangat diorang berdua ni.


: : Dinner malam tu berupa Pizza Korea. Tapi saya tak turun bawah pun. Yaya tapau bawak naik bilik : :


: : Lepas tu kami 2 beranak pekena maggie dengan sambal garing hehe : :

Selamat malam Jeju!
Malam terakhir kita bersama…..