Blog Maya Dot Com

Jeju Island, Korea : Seopjikoji Lighthouse & Cannola

Seopjikoji Lighthouse – In 1999, a drama called All-In starring Lee Byung Hun was set here.
The house located at the lighthouse was Lee Byung Hun’s house but now is turned into a souvenir shop – Jeju Muslim Travel

Kalau satu-satu tempat tu pernah masuk drama atau filem, memang cepat je la femesnya kan.
Basically tempat ni ialah Lighthouse lah.
Dan ada extra point sebab pernah shooting drama kat sini.
Sorry saya memang taktau drama All-Inn ni.
Lee Byung Hun tu pun saya tak kenal sapa huhu.

Kena menapak jauh gak la nak ke arah Lighthouse tu.
Tu takpe, tapi pastu nampak ada tangga sayupppp dari kejauhan.
Saya cakap dengan Encik Z dan Yaya, u all pergi la yer. Mommy tunggu sini.
Tak larat dan tak kuasa kot nak mendaki.

Ni gambar-gambar yang Encik Z snap di atas sana.
Banyak gambar selfie depa je la.
Tapi sebab semua pun saya suka, so nak letak lah kat sini buat kenangan.

Berangin jugak la kat sini sebab tepi laut kan.
Tapi taklah sejuk sangat. Tu yang dedua pun dah tanggal winter coat.

Memula ingatkan rumah belakang tu yang dalam drama All-In tu tapi rupanya bukan da.
Yang penting confident heheh.

Yang dalam drama tu ialah yang belakang tulis Cozy House tu.
Kedai souvenir katanya. Tapi sunyi gelap gelita je pun.
Tak pasti dah tutup ke apa.


: : Ada kedai jual aiskrim. Jom la kita beraiskrim sekejap. Tengok ada masa lagi : :


: : Aiskrim yang berharga KRW2000. Nangis oiiii : :

Ada permintaan mintak singgah kat Ladang Bunga Canola ni.
Kena bayar sorang KRW1000 kot tak silap.
Saya malas nak masuk, so tunggu je la dalam van.

Suka lah tengok 2 keping gambar bawah ni.
Comel je Yaya letak tangan atas bahu Encik Z.
Auntie Iza puji kata ‘Rajin Ayah dia melayan’
Sebak pulak rasa sob sob…

: : Raihan yang happy go lucky : :

Cantik la Canola ni.
Seluas saujana mata memandang….