Blog Maya Dot Com

Jeju Island, Korea : Seongsan Illchubong

Lunch dulu dekat Lotteria sebelum nak memanjat Seongsan Illchubong.
Makan Shrimp Burger.

Seongsan Illchubong ni merupakan bekas kawah puncak gunung berapi yang meletus ribuan tahun dulu, lalu membentuk satu bongkah besar.
Kata Kina, tempat ni merupakan sunrise peak tercantik selepas Jepun.
Tapi tu lah dia, kena mendaki seawal minit pertama la nampaknya.
Seongsan Illchubong juga baru diwartakan sebagai 7 wonders of nature by UNESCO.


: : Solat : :


: : Bayaran masuk : :


: : Hishh cuba la button elok elok jaket tu : :


: : Budak yang snap gambar ni punya banyak kali dia snap, tu yang kitorang sampai tergelak-gelak : :


Saya perhati je dulu laluan ni.
Lepas tu menapak la dalam beberapa langkah.
Haihh toksey saya ni.
Lalu saya memberi laluan pada Encik Z dengan Yaya je lah.
Semangat depa nak mendaki.
Saya pun duduk jaga beg dan menghayati je la keindahan sekeliling.

Ni semua gambar depa kat atas sinun, dari kamera Encik Z.
Saya share kat sini sebab sama macam gambar kat Saebyeol Oreum tu, bonding Ayah dan anak.
Me feel touched.
Depa berpeluh la kot kat atas, sebab tu dah ditanggal winter coat.


Yang bawah ni gambar yang saya snap sementara tunggu depa kat atas.
Boleh tahan lama jugak. Sejam lebih kot.


: : Tu bawah tu yang Ahjuma diver buat performance. Tapi nak turun bawah kena bayar : :


: : Nak naik kuda boleh, nak naik boat pusing-pusing pun boleh. Tapi berbayar lah : :

Lama nau menunggu kat belah dalam, saya decide nak keluar je lah.
Boleh jalan-jalan cuci mata kat kedai souvenir.

: : Saya beli perfume oren ni. Wangi!!! Menyesal beli sebotol je hehe.  KRW10,000 : :

Lepas diorang turun, sambung bergambar kat belah luar pulak.
Masa sampai tadi tak sempat sebab kocoh-kocoh nak masuk dalam ikut group.


: : Air oren yang keras berais. Motipnya untuk orang yang nak kan air ni dalam keadaan sejuk dan segar untuk perjalanan jauh : :


: : Yang tak keras pun ada jua. Sebotol KRW4000. RM15. Tskkk…. : :