Blog Maya Dot Com

Jeju Island, Korea : Hallasan Mountain

Seterusnya kami ke Hallasan Mountain.
Hallasan Mountain is the highest mountain in Korea.
We will drive to up to 1100m elevation where it is accessible by road – Itinerary Jeju Muslim Travel

Hallasan merupakan gunung berapi tertinggi di Korea Selatan.
Kawasan di sekitar gunung ini adalah merupakan taman negara, Park Hallasan Negara atau jua dikenali sebagai Hallasan Gungnip Gongwon.

Kiranya kami takde la mendaki naik ke puncak gunung bagai.
Ajer giler. Tinggi kot!
Kitorang akan bermain salji di kaki gunung yang tak berapa kaki sangat la.
Sebab nak ke kaki gunung kena jalan masuk dalam lagi.
Kira main di tepian jalan berdekatan kaki gunung lah hehe.
Memang tebal salji kat sini.

Kami cross jalan ke seberang sana.
Ada laluan kayu yang panjang masuk ke dalam.
Tak pasti tembus ke mana sebab saya tak masuk pun.
Encik Z pun buat pusingan half je.

: : Gelap Yaya kena lindung den Encik Z : :

Sambung main salji.
Patung Olaf tu memang dah sedia ada orang buat.
So kami tumpang bergambar je lah.


Gigih nak pegang ais keras ni ha.
Saja pegang nak bergambar je, idok ler kitorang main baling-baling.

: : Belakang tu tak sure apa benda. Kami tak masuk pun : :


: : Timbunan salji : :


: : Sebahagian dari ahli rombongan : :


: : Semangat memasing hias Olaf : :


: : Yang atas kepala snowman tu saya cabut dari kolar winter coat yang Yaya pakai tu : :

Selesai kat Hallasan Mountain, terus pergi lunch.
Kat sini boleh pilih menu yang kat dinding tu, nanti Kina explain la apa bendanya sekian sekian.

: : Ni bukan kipas ya, tapi heater hehe : :

: : Yaya makan mee ramen. Encik Z nasi goreng kimchi. Saya makan nasi dengan sotong pedas. Semua pun lazattttt : :

Kasut Yaya tu kata je winter boot dan waterproof, tapi tetaplah jugak basah bila dia jalan atas salji.
Macam kasut saya tak pulak. OK je kental menangkis salji.
So kasut dengan stokin Yaya basah ha.
Saya suruh dia bukak both dan jemur kat luar kedai ni ha.
Tu nampak ada cahaya  matahari tu kan. Tapi tak kering betul sangat.
Sian anak saya huhu…