Blog Maya Dot Com

Jeju Island, Korea : Dongmun Market

Balik hotel untuk solat apa semua, lepas tu keluar balik untuk shopping di Dongmun Market.
Besar market ni. Ada bahagian kering dan bahagian basah.
Food, souvenir, baju, kain pasang semua ada lah.
Kami jalan cuci cuti mata saja.
Hanbok lawa-lawa!!! Gerammm je rasa nak beli tapi nak pakai ke mana nya pun.
Dan mahal! Tapi memang kualiti kain terbaik la kot no depa guna.

: : Yang lain tulisan Hangul, setiba-tiba ada Free. Apa yang free tuuuuu??? : :


: : Entahlah ikan apa ni : :


: : Aiskrim!! : :


: : Saya beli jus oren KRW4000. Yaya beli aiskrim KRW4000. Matiklaa 2 benda alah ni je dah RM30 hoii : :

: : Ni jualan kerepek macam macam perisa : :


: : Memang ajar Yaya berani dan berdikari buat urusan jualbeli : :

Jalan kat bahagian basah memacam jenis hidupan laut ada ha.
Yang tak penah penah tengok kat Malaysia pun ada.
Tapi pasar basah diorang ni bersih je. Tak lecak, takde bau hanyir busuk ke apa pun.

Ni bahagian jeruk jeruk, sambal dan kimci.
Geram tengoknya ha sebab tersusun molek je dalam bekas.
Bersih je takde meleleh ke apa.

Saya letak ni kat Facebook, ada yang tanya, ni cencaluk ke?
Macam cencaluk kan? Ntah ntah sama je kot. Cuma taktau depa panggil apa.

Satu insiden jadi kat kedai buah epal ni.
Ada sorang kakak dalam rombongan ni nak la beli epal.
Tu harga dia letak 3 biji untuk KRW5000.
Tapi waktu kakak tu nak bayar, Ajumma tu pegi ambik tanda harga tu, dia campak tepi.
Macam nak kata harga tu tak betul la.
Dia nak caj kakak tu harga lain.

Si Raihan tak puas hati. Raihan ambik balik tanda harga tu letak kat buah epal tu.
Ajumma tu ambik campak balik.
Seronok gila tengok Raihan marah/gaduh bahasa Korea haha.
Pastu tah apa Ajumma tu bebel bebel, kakak yang nak beli tu kata takpela Raihan.
So kakak tu bayar je la. Tapi end up Ajumma tu salah pulangkan balance.

Saya cakap haaa tengok, kat dunia lagi Allah dah bayar cash sebab nak menipu kan kak.
Tapi kakak tu senyum je, nak pulang balik duit yang salah tu.
Si Ajumma tu sambung bebel-bebel lagi.
Ek eh dia ni, orang nak pulangkan duit pun nak mekak-mekak.
Bila sedar dia salah kira baru dia diam. Whatever sangat tau.


: : Tu Ajumma tu ha. Muka kemain ketat : :

Sambung jalan lagi. Nampak ada orang jual sotong bakar ni.
Raihan kata boleh makan. So ayuhlah beli.

: : Sedap sangattttt. Harga KRW5000. RM20 oii!! Aaaaaaaaaaa : :

Yaya nak beli Hotteok pulak.
Nasib baik yang ni murah sikit.
2 ketul KRW1000. RM4 je. Pun sedap.

Malam, dinner kat hotel.
Tunggu Raihan hantar whatsapp kata dinner dah ready, baru la semorang turun makan.


: : Dinner malam itu : :

Yaya lena awal malam tu. Encik Z ajak saya jalan-jalan kat luar.
Seronok la jalan sebab sejukkk.
Singgah kedai, nampak susu pisang Angry Bird ni, saja la beli nak rasa.

Selamat malam Jeju!
End of Day 3.

 

    One thought on “Jeju Island, Korea : Dongmun Market

    1. Ibu

      Sedapnyaaa nampak sotong tu! Hotteok tu rasa cane?
      Baca citer awak ni kan, teringat kengkawan cerita. Diorang kata, manners Korean ngan Japanese jauh beza. Boleh pulak ahjumma tu nak menipu harga ye. Japanese setakat pengalaman Intan, semua baik2…