Blog Maya Dot Com

Ex JSP

Makan-makan dengan ex JSP pada 12 Mei 2017.
Takde sempena apa-apa pun.
JSP ni department pertama yang saya masuk masa mula-mula join B**.

Kenal Ayu dulu. Pastu baru Hisam.
Lepas tu baru Hasin dengan Naza join B**.
Diikuti kemasukan Kak As dari department lain.
Situlah titik tolak perkenalan kami semua.

Ayu kira macam buddy saya lah masa tu.
Mantan boss saya, JM yang kenalkan dan suruh Ayu tunjuk ajarku sifu.
Gitu.

Kami lunch kat Absolute Thai, Sunway Putra Mall.
Tempat favourite Kak As ni.
Segala urusan order mengorder kita serahkan pada Kak As je.


: : Ayam pandan takde dalam gambar : :

Lepas makan kat Absolute Thai, Hisam gerak terus pi solat Jumaat.
Aterrnya keluar makan ni hari Jumaat. Dah itu je masa yang panjang kan.
Lepas Hisam gerak kitorang naik atas pulak pekena kek dengan kopi kat Coffee Bean.
Lama gila kot saya tak minum Frapp Coffee Bean.

Menyampah sikit dengan staff Coffee Bean Sunway Putra Mall ni.
Dedua lelaki perempuan kekwat je muka.
Bukan la kita nak meleseh ke apa, tapi muka tu senyum sikit tak boleh ke?
Beza la dengan Starbucks. Starbucks kebanyakan tempat saya pergi semua staff ramah mesra senyum je.

Terima kasih Kak As belanja makan.
Terima kasih Naza belanja kek dan frapp.
Semoga dilimpahkan rezeki. Amin…