Blog Maya Dot Com

SM Convent Taiping FRIENDS Musical Concert

Ingatkan kat sekolah rendah je Yaya aktif gitu gini, ni kat sekolah menengah pun sama ha.
Yaya masuk group tarian untuk program konsert kat sekolah ia.
FRIENDS Musical Concert namanya.
Buat kat Dewan Srikandi, SM Convent Taiping.
Konsert ni diadakan sebab nak kutip dana untuk projek sekolah camtu la.

Saya bertolak petang Sabtu sebab dari pagi memang Yaya busy.
Ceritanya ada 3 sesi konsert ni ha.
Mama pergi belah petang, saya pergi belah malam.

Sampai TLJ dalam pukul 7 malam.
Maghrib apa semua terus siap-siap.
Hujan renyai-renyai di malam itu.
Sampai-sampai tengok half dewan dah penuh, so duduk je la mana ada seat kosong.


: : Ada 19 persembahan kesemuanya : :

Yaya involved 3 persembahan.
So 3 kalilah dia keluar.
Letak gambar sikit jelah yer sebab bukan jelas sangat pun.
Nanti korang tengok video je lah.

Yang ni ada student buat persembahan solo, Yaya jadi backup dancer.
Lagu Nazam Berkasih.


: : Mereka-mereka yang terlibat : :

Seronok jugak la nonton ada yang nyanyi, menari, main biola, main saksofon bagai.
Ada jugak student dari sekolah lain dijemput.
Team koir SM Convent nyanyi lagu Heal The World.
Oh teringat zaman saya masuk koir kat Vokay Taiping dulu.
Pernah jugak nyanyi lagu ni. Menggamit kenangan sungguh.
Nah video. Tapi dari kejauhan je la eh.


: : Saya pakai baju baru dari Creacion by Siti Nurhaliza. Tudung bawal dari Naelofar : :


: : Dah kenapa gambar blur Encik Z snap : :


: : Saya pun dah terikut ikut dengan Mini Love ni haaa : :


: : Yaya kata dia mekap sendiri. Kemain : :


: : Lapar so singgah Mcd jap : :

Esoknya nonton movie The Boss Baby kat Taiping Mall.
OK la comel dan lawak cerita ni.
Sedih jugak sebab ada unsur persaudaraan dan kekeluargaan.

: : Sebab saya ada banyak voucher Sushi King, lalu ayuhlah kita perabihkan : :

Menu food kat Sushi King ni memang berbeza-beza ikut outlet ke cemana ek?
Sebabnya kalau yang kat KL, tak boleh nak order Edamame Salad tu asing.
Kena ambik yang set 2 + 1 tu.
Tapi kat Taiping Mall ni boleh je pun order asing.
Rezeki Encik Z la boleh order. Dia suka Edamame Salad ni.


: : Yang ni pun rasanya dah lama dah takde. Dulu dulu tu sebab promotion kalau tak silap : :


: : Sanggul unta. Tshirt ni saya beli kat Surabaya siap boleh letak nama : :


: : Bukan Surabaya tapi Suroboyo. Jawa nau nau : :


: : Sebelum balik tapau laicikang telur kat kasyer : :


: : Telur burung puyuh. Walaupun pelik tapi inilah yang sedappp : :


: : Malam tu order pizza je sebab Mama takde. Ia pergi Qiyamullail : :


: : Esoknya keluar kat memory Facebook. 6 tahun yang lalu. Sekejap je masa berlalu kan huhu : :