Blog Maya Dot Com

Pencen Itu Pasti

Pencen Itu Pasti ni ayat Abang Sly kat komen Facebook saya.
Tapi macam seram pulak kan.
Macam mati itu pasti.

OK ni last kisah Abang Sly pencen.
Tak habis-habis ceritanya ya hehe.
Sebab Abang Sly ni baik. Tu yang beberapa entry tentang dia saja.

Ikut official date nya 30 April last day ia.
Tapi ia habiskan cuti, so 20 April hari tu last day lah.
Kitorang decorate department simple-simple.
Buat makan-makan simple-simple gak.


: : Dah nak habis makan baru snap gambar food ha : :


: : Encik Z pun turun nak salam babai babai Encik Sly. Sian Abeli asyik kena jadi photographer je hehe : :


: : Sentuhan terakhir : :

Selamat bersara Abang Sly.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Jangan lupakan warga RSA di sini.

Kalau panjang umur, insyaAllah lagi 17 tahun 8 bulan saya pencen.
Tak tau la kot saya berhenti kerja lagi awal ke kan.
Cuma Allah SWT yang tahu….