Blog Maya Dot Com

Macha & Co

Saya dah lamaaaa gila tak makan makanan India.
OK tak masuk yang saya pergi India tu la k?
Maksudnya food India di Malaysia.
Dulu masa zaman-zaman kat JSP dengan MyClear ada la jugak few times KSL bawak pergi makan kat Brickfields sana.
Tapi sejak nikah dengan Encik Z, memang takde dah pergi sebab ia tak minat.

Bila tengok KakTin update kat Facebook yang ia gi makan kat Macha & Co, apa lagi naluri kedaunpisangan saya pun meronta-ronta.
Lalu paksarela mintak KakTin bawak saya ke sinun.
Berjanji janjian di satu hari yang permai, pergilah kami ke The Curve sana.

Kena q dalam 15 minit camtu.
Lunch time kan.


: : Queue Starts Yere. Yere pun Yere lahh : :


: : Menu : :


: : Lagi Menu : :

Kitorang tetiga ambik Banana Leaf Seat Meal tu.
Lepas tu masing-masing add lah nak lauk apa.


: : Daun pisang dihamparkan : :


: : Lauk yang sedia ada disediakan : :


: : Peria goreng tu ahcunnya sedap.  Kacang panjang dan kentang : :


: : Saya pilih lauk ikan tenggiri goreng : :


: : Nanti akan ada staf bawak segala macam kuah pulak. Boleh pilih la nak ke taknak ke. Oleh sebab first time saya mai sini, so try la semua kuah : :


: : Tudia dah banjir kuah. Tu belah sana tu ayam goreng Kak Linda punya : :


: : Nasi sampai. Ada 2 jenis. Saya ambik yang biasa je : :

Korang tak yah nak klik play tu pulak yer.
Tu saya printscreen dari IG stories.
Bak kata KakTin, haiii sibuk bebeno, mana yang nak snap gambar, mana nak IG stories.
Ahahaha leksss la kak. Hidup blogger sendu ceni laaa hiks.


: : KakTin order udang ni. Tapi makan sesama la. Sedappppp : :


: : Dah suku makan baru sampai papadomnya.  Kak Linda dah geleng-geleng kepala tengok saya dok snap gambar. Ahahahah sabar eh kakak-kakak semua : :


: : Tengah-tengah makan baru nak dioffernya Rasam. Dap dap dappp : :


: : Eh lupa pulak pasal drinks yer. Saya order teh ais. Ok la sedap tapi still kat Boat Noodle lagi sedap hehe. Next time nak try Mango Lassi pulak : :


: : Alhamdulillah kenyang sesangat. Kakak Ostajah bagi 5 Ha! : :


: : Cia cia cia dah pandai buat Mini Love : :


: : Singgah kat booth Bokitta beli tudung sebab ada 50% sale. My first Bokitta. Nanti dah pakai saya ciwi ciwi naaa : :

    3 thoughts on “Macha & Co