Blog Maya Dot Com

Jeju, Korea : The Introduction

Assalammualaikum semua!

Mesti korang ternanti-nanti update cerita Korea ni kan kan kan?
Jangan tipu. Tak baik. Dosa.
Walaupun blog saya ni blog sendu, tapi saya percaya still ada silent reader yang dah bertahun baca blog saya ni masih setia di sini.
Terima kasih banyak-banyak tau korang.

OK jom kita mulakan travelogue South Korea saya sekeluarga.
Saya bahagikan pada 2 bahagian la. Jeju dan Seoul.
Berkematu jari jemari nak habiskan entry Korea ni.
Setakat entry ni ditulis pun, saya baru habis update cerita Jeju je.
Seoul hapa pun tak start lagi. Tskkk…

Ceritanya nak pergi South Korea ni macam dah lama jugak la.
Saya tau Yaya suka sangat dengan Korea ni.
Dia pun selalu selit-selit ayat doakan saya dengan Encik Z murah rezeki supaya kami dapat ke Korea.
Jujur cakap, saya memang takde la beria nak ke Korea ni.
Sebab kota moden kan.
Saya ni korang tau la, suka sejarah, suka tengok building, suka benda-benda lama. Suka tempat-tempatĀ  yang mundur dan perang-perang.

Yaya memang minat sangat Runningman dengan KPop bagai ni.
Sama lah Encik Z pun minat Runningman tu.
Pelakon penyanyi Korea semua pun depa 2 beranak boleh sembang.
Saya ni takat tau Winter Sonata je la. Teringat dulu-dulu follow cerita ni sebab 2nd hero tu hensem baqhang.
OK saya tau gak la cerita Autumn in My Heart tu.
Hmm lagi saya tau grup Wonder Girls sebab lagu Nobody, dengan PSY lagu Gangnam Style.

Haaa pastu dalam 2 ke 3 tahun lepas ada program Astro tajuk The Band.
Ada depa perform lagu-lagu Korea.
Satu tu lagu Girls’ Generation, yang famous lagu G tu.
Satu lagi Sista, lagu Alone. Dengan 2NE1, lagu I Am The Best.
Itu jelah pengetahuan saya pasal Korea.

Dalam dok berkira-kira, hati masih berbolak lagi nak pergi ke tak.
Nak pergi berapa lama. Nak jalan sendiri ke ikut tour. Etc etc.
Paling penting cukup ke duit ni.
Buat la kiraan secara rambang gitu gini, rasa-rasa insyaAllah boleh kot.
Konsepnya it’s now or never.

Memula tu memang fokusnya nak ke Seoul je lah.
Tapi alang-alang fikir jom la lajak ke Pulau Jeju.
Saya pun memang dah lama follow instagram @jejumuslimtravel.
Lawa-lawa gambar kat Pulau Jeju tu.
So ayuhlah kita! Pastikan jaya!

Pakej Jeju Muslim Travel sorang RM1900 untuk 5 Hari 4 Malam.
All in termasuk flight dari Seoul ke Jeju.
So RM1900 X 3 orang = RM5700.
Lepas confirmkan seat dan bayar deposit, hari yang sama jugak 20 Oktober 2016 saya terus proceed beli tiket flight AirAsia KUL-INC RM2451.

Kenapa tak beli return?
Sebab konon-konon nak masuk ikut Seoul, balik ikut Busan.
Tu yang macam ok beli one way dulu.
Tapi lepas buat kira-kira duit dan kira-kira cuti, hmmm tak cukuplah.
9 November 2016 baru beli tiket AirAsia INC – KUL dengan harga KRW1,258,348.
Makanya return untuk 3 orang termasuk insurans, luggage dan makan ialah RM7141.
Beli last minute kan, haruslah harga mahal.

Itinerary boleh refer kat ENTRY NI.
Saya ke South Korea ni 12 hari.
15 – 19 Disember 2016 kat Jeju Island.
19 – 26 Disember 2016 kat Seoul.

Malam sebelum bertolak tu saya tak sedap perut.
Asyik ulang alik toilet je. Ntahlah tak tau saya silap makan ke apa.
Flight kami pukul 8 pagi.
Ntahlah keluar rumah dari pukul berapa tapi yang penting Encik Z tersilap set waze.
Dihantarnya ke stesen Putrajaya ke cemana tah.
Patutnya yang dekat Park & Ride tu.
Walhal bukan first time pun adoiiii.
Berpeluh-peluh la nak kejar ERL dan hampir terlepas pun.

Rasanya dalam pukul 5 lebih jugak kot baru sampai.
Terus drop luggage dan masuk dalam.
Alhamdulillah sempat lah sampai dan bertenang.

Flight delayed dalam 1/2 jam kot tak silap.
Perjalanan ambil masa 6 jam 20 minit. Fuhh…


: : Pramugari selit je Arrival Card ni sebabnya tiga-tiga kitorang dah zzzzz : :

Kitorang pagi tu tak breakfast sebab ingatkan nak makan dalam plane je lah.
Kalau take off pukul 8 pagi, paling lambat pun dalam 9.30 pagi mesti dah boleh makan kan.
Tapi kisahnya pukul 11 pagi baru serve makan kau.

Saya order 2 round punya food sebab ye la perjalanan lama kan.
Pukul 11 pagi tu boleh pulak dia serve 2 food terus.
Bukan patut 2 kali ke? OK takpela tu.
Saya pun makan la. Masa tu Yaya tidur.
Saya kejut lah dia suruh makan. Dia macam takde selera sangat plus mengantuk sama lah.
Tapi saya pujuk suruh makan jugak sikit takut perut masuk angin.

Lepas makan Nasi Lemak 4,5 suap dia taknak dah.
Dia sandar kejap, lepas tu dia berdiri kata nak pergi toilet.
Masa diri tu tengok toilet ada orang.
Seat kitorang cuma selang satu seat je dengan toilet paling belakang.

So Yaya pun duduk lah balik tunggu toilet kosong.
Tanpa ku menduga setiba-tiba ambik kau sebeban Yaya muntah!!
Saya sampai tahan tadah dengan tangan ha.
Habis sweater, tudung, baju semua kena muntah.
Adehhh..

Salah saya jugak lah sebab paksa dia makan.
Patut dia tidur tu biarkan je la ye dok.
Bukan apa, merisau takut dia lapar je.
First time experience Yaya muntah dalam flight.
Ater sesebelum ni travel dekat-dekat je.
Ni yang pertama kali la sampai 6 jam huhu.

Lalu bermula lah kerja-kerja membersihkan muntah ia.
Dah la sweater berat kan, toilet pulak kecik cenonit.
Memang tertonggeng tonggeng terbalik balik la saya dalam toilet tu.
Lepas tu mintak plastik besar dari crew dan sumbat la segala mala dalam tu.
Pastu beg plastik tu letak belakang seat paling belakang.
Harap-harap depa tak bau la muntah tu.
Kalau bau ampunkanlah saya ya huhu..


: : Muka baru lepas cuci muntah tskk. Konon nak melaram dengan tudung dUCk tapi hambik kau asyik terlorottt je : :


: : Lepas muntah terus tidur balik. Sian anak Mommy : :


: : Selepas 6 jam 20 minit, selamat sampai di Bumi Kimchee. Annyeonghaseyo Korea! : :

OK selepas saya snap gambar di atas, saya dengan Yaya gerak ke kiri, ada kerusi kat situ sebab baru nak isi Arrival Card.
Encik Z stops sebelum tu lagi sebab nak ejas beg dan sumbat plastik sweater yang kena muntah tadi.

Lepas habis saya isi card tu, saya dengan Yaya angkat muka tengok Encik Z dah takde.
Kitorang pun jalan la ke depan sikit demi sikit demi sikit.
Eh bayang Encik Z langsung takde.
Passport dia saya pegang ni.

Siapa yang pernah sampai Seoul tau la airport Incheon ni besarrrrrrrrrrrr.
Bila dah jauh jalan tu saya rasa tak best la kan.
Saya suruh Yaya tunggu, saya patah balik kat tempat memula sampai tadi.
Jauh kot!
Memang kosong dah area situ.

Saya patah balik dan saya ajak Yaya jalan je terus sampai la kat tempat nak kena naik aerotrain nak ke Terminal sebelah untuk imigresen dengan kastam.
Saya cakap dengan Yaya “Eh takkan la Ayah tergamak naik train ni tinggalkan kita?”
Saya usaha naik atas balik dan cuba cari wifi connection.
Nasib baik dapat walaupun line tak berapa nak stabil.

Encik Z whatsapp suruh naik train tu.
Dah la ramai gilaaa orang q. Tak sempat pun saya nak snap gambar.
Dalam train pulak berhimpit himpit. Sian tau saya dengan Yaya.
Sampai-sampai tengok Encik Z dah tunggu dari kejauhan.
“Mommy, mesti Ayah nak marah kita kan?”
“Aah. Kita diam je”
Macam peluru berpandu Encik Z pot pet pot pet pot pet.
Eh eh dia yang tinggalkan kita, dia pulak nak marah kita.
Walhal saya dengan Yaya memang kat situ tak ke mana pun.
Dah dia tak nampak, patut tunggu je la cari kat situ kan? Pfffttt…
Saya diam je malas nak layan.

Dah la flight delayed dari KL.
Jadi pulak insiden ni.
Kitorang ni nak mengejar flight ke Jeju Island pulak.
Pulak tu nak ke Jeju Island kena naik flight kat Gimpo Airport.
Kira macam dari KLIA ke Subang Airport.
Erghhh stressssssss…

Kami sampai kat Incheon Airport pukul 3.15 petang.
Flight ke Jeju Island pukul 7.30 malam.
Dengan kastam/imigresen campur Encik Z hilang, pastu nak kena menapak keluar dari Terminal nak pergi tunggu bas lagi.
Memang nervous dan berdebar-debar ah jantung.

Berpandukan info yang diberi oleh Jeju Muslim Travel, kami pun keluar dari Terminal dan naik bas ke Gimpo Airport.
Actually ada 2 cara. Boleh naik train atau bas.
Kitorang naik bas sebabnya kalau ada banyak beg lagi better naik bas.
Harga tiket KRW40,000 sorang.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Jauh kan?


: : Ni lah 5 ketul beg yang kami bawak : :


: : Budak teruja bila cakap keluar asap hehe : :

Sementara tunggu bas tu memang saya dengan Yaya gelak-gelak je la main asap keluar dari mulut.
Pastu Encik Z macam bengang marah-marah pulak kata serius sikit la apa la.
Walhal kitorang tak buat apa pun. Tengah tunggu bas kot. Hek eleh sangat kau ni bang.


: : Dalam bas tiba-tiba baik hati pulak mintak handphone nak snapkan gambar. Nak pujuk lettewwww. Sudahhhh : :


: : Udah kegelapan di luar : :

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai dalam pukul 6 petang camtu.
Terus q nak check in dan tunggu boarding.
Whatsapp Keluarga Puan Normah bagitau dah sampai Gimpo.


: : Dari Gimpo ke Jeju kami naik Eastar Jet. Harga tiket semua dah termasuk dalam pakej Jeju Muslim Travel : :


: : Gambar ni snap sebab nak send kat whatsapp Keluarga Puan Normah. Yang penting saya masih sentap dengan Encik Z k? : :


: : Dalam flight sudah : :


: : Pun sama masih sentap walaupun duduk bersebelahan : :

Seoul, sabar dulu ya…
Jeju, tunggu kakak!

    One thought on “Jeju, Korea : The Introduction

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...