Blog Maya Dot Com

Jeju, Korea : The Arrival

Penerbangan dari airport Gimpo ke airport Jeju mengambil masa 1 jam 5 minit.
Cuaca tak berapa molek.
Macam hujan renyai dan angin kuat.
Dah la di luar penuh kegelapan.
Macam cuak jugak la bila plane gegar-gegar.
Tapi ego dan keras kepala masih menguasai diri.
Masih merajuk la kes kena tinggal tadi.
Tak mau pegang tangan Encik Z walaupun cuak. Heee..


: : Alhamdulillah selamat sampai. Assalammualaikum Jeju! Kakak Ostajah sekeluarga datang ni : :

Wakil Jeju Muslim Travel iaitu Kina & Raihan dah sedia menunggu kami semua.
Masa ni baru la kenal-kenal dengan ahli rombongan.
Tak dapat nak snap gambar sebab sejukkkkkkk.
Kelam kabut angkut beg segala.
Dah la beg kitorang 3 beranak paling banyak dan gedabak.
Bersorry sorry la saya dengan yang lain.
Bila bagitau kitorang 12 hari kat Korea ni, diorang pun cam oooo ok kak takpe takpe.
Dari airport ke hotel dalam 25 minit camtu. Tak jauh sangat.


: : Terus dinner kat hotel : :


: : Yaya pakai jaket Encik Z. Untunglaaa.. Mommy jugak menggigil sejuk : :

Kina bagi briefing sikit esok nak berkumpul pukul berapa apa semua.
Lepas tu bagi kunci dan terus la masuk bilik.
Kitorang dapat bilik kat ground floor. Takyah sesusah nak naik lif.

Bilik OK, no komplen.  Luas dan selesa.
Siap ada shampoo, shower gel yang macam kat rumah punya.
Kira bukan jenis yang hotel keras kejung tu bila pakai rambut terus keras kau.


: : Ni la tali beg saya yang dah genting tu. Encik Z terus je ambik dan jahit. Ni nak ambik hati ke cemana ni. K, sila jahit. Nanti I fikirkan nak berbaik ke tak : :

Lepas jahit beg tu saya kerahkan depa 2 beranak cari self laundry.
Tu pun lepas saya clearkan semua sisa muntah Yaya kat sweater/jeans/tudung.
Kalau basuh sendiri bila tahunnya nak kering oii.
So menapak la depa 2 beranak ke arah yang ditunjukkan oleh Ahjussi kat kaunter hotel.
Ni gambar-gambar yang Encik Z whatsapp.


: : Pose K Pop ke tu? : :

Encik Z kata gambar bawah ni Yaya tiba-tiba terjerit lari keluar dari kedai.
Encik Z ingatkan apa la. Rupanya snowing. Nampak kan dalam gambar tu?
First time merasa snowing, sapa je pun tak jakun ye dok?

Dalam sejam lebih jugak la depa keluar.
Dah siap laundry semua baru la lega hati saya ni ha.
Marilah kita tidur. Selamat malam Jeju! Jumpa esok!

 

    One thought on “Jeju, Korea : The Arrival

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...