Blog Maya Dot Com

Jeju, Korea : Snowing at Temple


: : Kenderaan membelok ke kawasan temple : :

Kat sini salji lagi gebu dan halus dan lembut dan tebal.
Lagi syok la nak main saljinya.
Yaya dah kenapa snowcap tu macam jin pakai toncet.

Jangan tanya saya temple ni kat kawasan mana ya.
Memang kitorang follow je mana Kina & Raihan bawak.
Belakang tu nampak macam cahaya sinar mentar oh Korea je kan, walhal sejuk menggigil.

Kat sini iPhone saya mati lagi.
Memang dah drop bawah 0 la ni.

: : Tenggelam kasut separuh ha : :

Tengah asyik masyuk bergolek atas salji, tiba-tiba snowinggggg.
Snow turun macam hujannnn.
Menjerit-jerit la saya dengan Yaya.
Teruja terkejut terkesima tertakpercaya semua lah.

Syukur ya Allah, kami diberi kesempatan untuk merasa snowing ini.
Merasa bersama-sama 3 beranak, di tempat dan masa yang sama.
Dalam gambar ni korang boleh nampak kan snowing tu?
Lebat dan laju. Sejuk brrrbrrrr..

Kina panggil reramai cecepat nak group photo.
Lepas group photo bertambah lebat snowing.

Jeju, definitely kau akan menjadi yang teristimewa buat kami.
Di sini buat pertama kalinya kami 3 beranak memijak snow dan merasa snowing.