Blog Maya Dot Com

Jeju, Korea : Jeju International University

Good Morning Jeju!
Begitu kami 3 beranak penuh semangat untuk meneroka bumi Jeju.
Kesentapan semalam kita tinggalkan.
Ayuhlah bermaafan dan memulakan hidup yang baru!
Begitu semangat kami menular dalam diri.

Breakfast disediakan oleh pihak hotel.
Tapi takde la buffet beraneka variasi makanan ya.
Gambar bawah ni tempat makannya.
Yang belah kiri tu nanti ada Ajumma yang akan gorengkan telur untuk kita.


: : Breakfast di hari pertama : :


: : Peta Jeju. Sempat Kina bagi briefing pada kami mana tempat yang akan dilawati : :

Dah breakfast bergambar jap depan hotel sementara tunggu yang lain.
Sejuk!!!
Ada snow lite lite turun. Tapi macam dari atas dah berat, so sampai bawah macam dah titisan hujan gitu.

Ahli rombongan tak silap saya dalam 16 orang.
So dibahagikan kepada 2 kumpulan dan naik 2 van.
Van yang saya naik ni dipandu oleh Raihan.
Raihan ni adik kepada Kina.
Punya la ganas drive ha. Kona baring semua relaksss je.

Raihan kata destinasi pertama ialah ke Jeju International University.
OK sebenarnya saya tak sure sama ada Jeju International University atau Jeju National University.
Kalau ikutkan takde dalam itinerary tempat ni, tapi dah orang nak bawak tu kita zasss jelah.
Raihan kata kita main salji kat sebelah university ni. OK letss..

Putih seluas mata memandang.
So apa lagi, marilah berposing sampai lebam.
Masa ni memang sejuk la tapi boleh tahan lagi.
Sampai la tak lama lepas tu salji turun. Tapi tak lebat sangat jugak.
Handphone saya bateri drop cepat gila kot.
Pastu bila cecah 0 degree je otomatik phone mati.
Orang kata iPhone memang macam ni. Cisssss…


: : Baik sangat dak Raihan ni. Rajin layan Yaya. Rajin snapkan gambar. Rajin borak : :


: : Depa main baling-baling ais : :

: : Budak gembira kali pertama memijak salji : :

: : Siap baring-baring ha : :

: : Budak 2 orang ni pun gembira jugak pertama kali memijak salji, tapi taknak la tunjuk sangat kan hehe : :


: : Tulis nama atas salji (nyanyi nada tulis nama atas batu lagu Sudirman tu) : :


: : Kitorang jalan sampai hujung kawasan sebab nak bergambar kat kerusi ni. Lawa tengok ranting kayu tu : :


: : Tu universtinya belakang tu : :

Group photo.
Ada 3 orang je lelaki termasuk Encik Z.
Rasa lelaki kalau travel memang tak suka ikut tour kot kan?
Depa lagi suka jalan sendiri.


Next, Raihan kata jom pergi main salji kat temple pulak.
Temple mana tu? Ayuh kita..