Jeju Island, Korea : Yongmeori Coast

Lunch Time!
Kami lunch di area Songaksan.
Songaksan ni merupakan kawasan paling selatan di Korea Selatan.
Lalu menjadikan ia sebagai penanda kawasan sebagai tempat permulaan dan pengakhiran negara Korea.
Haaa best kan?

Please ya jangan tanya kakak, ‘Kakak kedai ni halal ke?’
Kakak sudah capek mahu menjawab soalan-soalan berbaur begini.

: : Sedapnyerrrrrrrr. Ikan bakar tu sorang sepinggan. Bakar biasa je tapi awat sedap nau nau : :
: : Sup wajib ada di setiap hidangan : :


: : Semua muka ceria dapat makan. Lepas makan tumpang solat jua di sini : :


: : Itulah kedainya : :


: : Depan kedai pemandangan ini : :

Usai lunch kami meneruskan perjalanan ke Yongmeori Coast.
Yeongmeori Coast also known as the Jeju Island Grand Canyon.
Yongmeori is full of beautiful cliffs.
You will be surprised by its natural cliff formation and the majestic view of the sea.
Petikan dari itinerary Jeju Muslim Travel.

Yeongmori bermaksud Kepala Naga.
Kenapa? Sebab kalau kita tengok dari arah Gunung Sanbangsan, ia kelihatan seperti kepala naga yang terbenam di dalam lautan.
So basically ni tempat ni terkenal sebab keunikan tebingnya.
Nah saya google Yeongmeori Coast dari atas Gunung Sanbangsan supaya korang nampak viewnya yang seperti kepala naga terbenam itu.


: : Kaunter tiket : :

Park van dan boleh tahan jugak la nak kena menapak masuk.
Tapi sokayy sebab sejuk dan view lawa, so pepelan je jalan.
Ada funfair masa otw perjalanan tu.
Yaya dok nyanyi lagu yang depa pasang.
Amboi kagum sangat Mommy tak sangka begitu tinggi pengetahuan awak tentang Korea ini.
Ingatkan takat Running Man je.


: : Ada jua kisah peninggalan semasa Pacific War dulu : :

Curam dan licin jalan nak ke bawah.
Memang kena extra hati-hati lah.


Tapi bila dah sampai bawah view cantik sangat.
Cuaca molek. Angin sejuk.


Luas kat bawah ni. Boleh pergi the other side sana nak tengok view lagi.
Tapi memang kena hati-hati. Sebab jalan licin berlumut kat batu-batu tu.


: : Jangan sampai tergelincir pula : :


: : Ada Haenyeo yang meniaga hasil laut di sini. Masalahnya hasil laut depa semua rupa paras pelik hehe : :


: : Geram je tengok rasa nak terjun mandi : :

Dekat belah dalam lagi ada satu kolam yang masyaAllah sisturr punya lah jernih dan lawa airnya kehijau-hijauan.
Ala-ala kolam telaga 7 kat Langkawi nun.

: : Lawanya kolam ni, Mommy! : :


: : Sejukk brrr brrrr : :


Korang tau la kan kat Korea ni terkenal dengan susu pisangnya.
Sana sini blogger yang dah pernah pegi dok tulis pasal susu pisang.
Kebetulan masa nak balik ada satu kedai runcit.
Saya suruh la Encik Z dengan Yaya pi cari.


: : Yey ada! : :


: : Pertama kali meminum susu pisang Korea. OK la sedap. Walaupun saya tak makan buah pisang, tapi bila dah jadi susu ceni ok jer boleh glup glup : :