Blog Maya Dot Com

Jeju Island, Korea : Saebyeol Oreum

Destinasi seterusnya ialah Saebyeol Oreum.
In autumn and winter, Jeju-do is famous with its wild silver grass (ogsae) – petikan dari itinerary Jeju Muslim Travel

Saebyeol Oreum ni merupakan sebuah bukit yang menjadi tumpuan pelancong sebab keunikan bentuknya dan boleh tengok view cantik dari atas.
Setiap tahun ada festival yang dinamakan Jeju Jeongwol Daeboreum Fire Festival dimana lalang-lalang ni semua akan dibakar dengan kepercayaan tanah akan lebih subur, gitulah.

: : Dah macam cerita hantu pulak gambar ni. Kemunculan 3 lembaga di Bukit Saebyeol: :

Boleh daki bukit ni sampai atas pastu boleh la tengok pemandangan.
Tapi jalan naik dan turun ni one way.
Kiranya naik kat sini, nanti turun tang lain.
Tak boleh nak patah patah balik.
Saya cuba la melangkah beberapa langkah, tapi gegaya macam tak mampu je ni.
So Yaya dan Encik Z je proceed ke atas.
Saya turun bawah dan cari toilet.
Sekali ada tulisan Hangul dengan tambahan tulisan CCTV.
Puas saya nak memahami.
Takkan la maksudnya ‘Awas, ada CCTV di sini’?
Jangan gegila dalam toilet ada CCTV.
Tapi sebab saya nak terkucil sangat, so saya abaikan saja.
Harap-harap takde la video viral ke apa huhu.


: : Nun sayup menjauh Yaya dan Encik Z di sana : :

: : Join yang lain makan. Udang dan scallop : :


: : 2 kenderaan kami sepanjang berada di Jeju : :


: : Nampak cuaca macam terik kan, tapi sebenarnya tidak yer adik-adik. Salji masih ada di celahan lalang : :

Dalam sejam menunggu, baru la nampak bayangan depa.
Kelihatan keletihan di situ. Winter coat Encik Z pun sudah dicabut.
Apa pun beribu ribu taniaaa sebab berjaya menawan puncak Saebyeol Oreum.


: : Kemain lalang di telinga. Yaya nak bawak lalang ni balik saya kata jangannnnn. Kang hantu bukit ikut balik baru tau : :

Ni gambar-gambar yang Encik Z dan Yaya snap kat puncak sinun.
Saya share jugak lah kat sini ya.
Sorry sebab banyak sebab cannot tahan untuk letak kat sini.
Nampak bonding ayah dan anak. Hati ku tersentuh…

    One thought on “Jeju Island, Korea : Saebyeol Oreum

    1. Ibu

      Puas ku membaca apa yg tertulis kat pintu toilet tu. Haish merangkak sungguh baca Hangeul dah! ‘Oebusseulgiban ibgeumji’ = Prohibited from bringing outside garbage (ni Google yg translate)… Memang ada CCTV la kot Maya! Aiyoookkk… hihihi