Blog Maya Dot Com

Jeju Island, Korea : Mysterious Road

Good Morning Jeju!
Hari ke 3.
Destinasi pertama hari ini ialah Mysterious Road.

Mysterious Road – Witness how a car can move up hill without having to start the car engine.
It is totally unexplainable : Itinerary Jeju Muslim Travel

So apakah yang misteri sangat ini?
Adakah makhluk halus di sini? Atau hantu? Atau jin pakai toncet?
Takde yer. Takde unsur mistik di sini.

Mysterious Road atau jua dikenali sebagai Dokkaebi terletak di sebuah bukit di kaki gunung dan menghubungkan dua jalan raya utama di Jeju.
Jalan ini disebut sebagai mysterious road kerana ada kandungan magnet dibawahnya yang membuatkan apa jua objek akan berguling naik instead of berguling turun.

Contohnya kalau kita letak kereta dalam keadaan N.
Kereta ni akan bergerak perlahan-lahan ke menaik.
Sama jugak kalau letak tin air ke, patut melurut ke bawah la kan, tapi ia pepelan naik ke atas.
So, misteri la kan?
Sempat Raihan buat demo kat kitorang.
Dia matikan enjin, letak dalam posisi N dan van kitorang tu pepelan menaik.

Jangan tak tau kita kat Malaysia pun ada jugak jalan ala-ala Mysterious Road ni.
Di mana? Di Sabah sana.  Kimanis-Keningau Highway.


: : Tak la panjang sangat pun jalan yang bermisteri ini : :


: : Sempat diorang try test tin air bergolek : :

Ada peristiwa sentap sikit kat sini.
Masa semua tengah dok excited tengok tin bergolek tu yang si Yaya semakin ke tepi tepi sampai termasuk dalam semak sebelah kiri tu.
Saya marah la dia. Saya kata yang sampai ke tepi sangat tu kenapa?
Dia menjawab kata sebab orang semua tengah rakam video tin bergolek tu.
Saya kata biar je la orang nak rakam ke apa, yang awak sampai ke tepi tu masuk semak.
Jatuh ke apa haa macam mana.

Terus Yaya senyap je.
Encik Z tegur saya. Tapi saya pedulik apa. I’m a mother u know.
I can scold my daughter haha.
Pepelan Encik Z bisik kat saya, ‘pegi la peluk dia’

Saya ni dengan anak pun nak keras hati. Hapa-hapa ntah kan.
Tapi saya layan dia sembang balik la.
Suruh dia posing saya snap gambar semua.
And we’re good heheh.
Sorry ya sayang, u know your Mommy is garang like naga.

Tak pasti kenapa banyak patung berunsur babi di sini.
Ada rasanya tulis kat bawah tu tapi I is malas baca.


: : Amboii. Yang pasti Mommy tak kenal siapa ni : :

Winter coat Yaya dengan seluar purple dia pakai tu saya pinjam dari Kak Red.
Yaya pakai macam besar jugak la winter coat tu. Tapi sokayy..
Banyak lagi benda lain saya pinjam dari Kak Red sebenarnya.
Macehhh kakakkuuu…