Blog Maya Dot Com

Hari Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 SK Convent Kota 2016

Cerita bulan November tahun lepas, baru nak update sekarang.
Korang rasa?? Hiks.
Sorry Yaya.
Ceritanya sebab nak combine video segala, tu yang cam malasnyerrrr.
Gambar pun campur aduk dari handphone dan GoPro.
Nak memilih tu cam Aduh Saliha sungguh.

Tapi sekarang tengah visi menyelesaikan segala entry tertangguh, makanya marilah kita update jugak-jugak.

20 November 2016, hari Graduasi untuk pelajar tahun 6, SK Convent Kota, Taiping.
Yaya kan Darjah 6. Wajiblah saya pergi.
Lokasi kejadian di Hotel Seri Warisan, Taiping.

Rasa macam awal nau sampai, tapi masuk tengok dah ramai gak yang dapat seat depan.
OK pasal seat ni ada cerita sikit.
Ada sistem bernombor. Sapa sampai dulu depa akan bagi nombor, then duduklah ikut nombor itu.
Saya dapat nombor 120 dan 121.
Masalah problemnya, depa susun nombor ni tak tersusun.
Ha boleh ayat saya pun dah tak tersusun.
Nah saya lukis bagi faham.

Bila dapat seat tu saya tanya la, kenapa camni.
Semua cikgu cikgi macam defensif. Memang gitu susunan seat nya.
Tak ke pelik kalau kata bukan husband and wife yang datang.
Katakan mak dengan anak, pastu anak tercampak jauh dari mak.
So weird.

Saya macam bising-bising la.
Ada sorang kakak ni dia mencelah “Takpe, saya datang sorang, meh saya tukar seat”
Tapi masalahnya seat yang 1 tu memang dah cantik dah strategik depan stage.
Ni bila bertukar, terus seat kitorang jadi ke belah tepi.
So kepada cikgu cikgi Convent Kota Taiping, next time boleh tak susun seat tu bentuk Z, instead of bentuk I?
Common sense please….


: : Nampak ke idok nama Yaya tu? : :

Yaya terima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu Penulisan dan Pendidikan Islam.
Tu sebab saya ada bagitau dulu saya pelik Yaya dapat B masa UPSR untuk subjek BM Penulisan tu.Hmm…


: : Dan juga graduasi Tahun 6 : :


: : Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Yaya nunnn hujung belah kanan : :

: : Penyampaian hadiah mata pelajaran terbaik : :

Selain dari 2 anugerah mata pelajaran terbaik yang memang dah diketahui, ada 3 anugerah lain yang akan diumumkan di hari kejadian.
Kira-kira suprise dan menjadi debaran budak-budak Darjah 6 ni semua.
Anugerah Ko-Kurikulum Cemerlang, Anugerah Sahsiah Terpuji dan Anugerah Tokoh Murid aka Puteri Convent.

Tak silap saya dari Darjah 4 lagi Yaya memang dah ada keazaman dan cita-cita nak dapatkan gelaran Puteri Convent tu.
Masa Guru Besar nak announce Anugerah Tokoh Murid tu memang saya berdebau nau nau.
Nah saya letak video kat bawah ni.
Saya majal betul dengan MC ni ha.
Sebut nama saya salah, nama Mama salah.
Takkan tak tengok dulu betul-betul sebelum pronounce nama orang?
Eiiiiiii…

Nasib la Encik Z sabarkan saya.
Sabar Normaya. Mak Tokoh Murid tak boleh emosi.
Pfftttt…

Pada tanggal 16 Oktober 2004 lahirnya seorang bayi comel di Hospital Taiping, Perak.
Puteri kepada Encik Faizal bin Mustafa dan Puan Mahyah Mukhtar.
Bapanya seorang Juruelektrik dan ibunya seorang Setiausaha di B**.
Dibesarkan di bawah jagaan dan asuhan nenek kesayangan Puan Normah binti Mohamad Dan.
Neneknya yang dipanggil Opah merupakan insan yg disayangi dihormati selain daripada kedua orang tuanya.
Mendapat pendidikan awal di Tadika Anis dan di sinilah beliau mula mengenal ABC dan mahir membaca seusia 5 tahun.
Meneruskan pengajian secara formal di Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah Kebangsaan  Convent Kota.

Matapelajaran Bahasa Melayu merupakan matapelajaran yang sangat beliau minati.
Bercita cita ingin menjadi seorang peguam syariah demi menegakkan keadilan berlandaskan ajaran islam.

……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………

Merupakan seorang murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Keletah berbicara boleh pula berpendapat berlandaskan ……….
Seorang murid yang berbudi bahasa, sahsiah yang terpuji, ramah sopan bila berbicara.
Suka menolong guru-guru dan rakan-rakan di sekolah menghormati orang sekelilingnya.

Mempunyai aura dan pesona tersendiri justeru itu boleh disenangi ramai.
Merupakan Penolong Ketua Murid Sekolah Berprestasi Tinggi Convent Kota, Setiausaha Persatuan Puteri Islam dan menyandang beberapa jawatan lagi.

Itulah murid Tokoh Murid 2016, Yasmin binti Mohamad Faizal.

Yang dot dot dot tu saya tak faham apa yang MC tu cakap. Boleh?
Kalau korang faham cer sharing.

Normaya jadi Mahyah.
Che’ Dan jadi Mohamad Dan.

Korang raser????

Memang tradisi SK Convent Kota, parents student yang dapat Anugerah Tokoh Murid ni akan diminta naik atas stage.
Encik Z memang awal-awal lagi taknak.
Masa Guru Besar dengan Pengerusi PIBG gamit panggil saya naik, saya terus je la naik.
Mama tak duduk dekat dengan saya, so tercari-cari gak la dia.


: : Yaya dah nangis dah tu. Biasalah dia, hati tisu : :


: : Terima kasih Opah yang jaga dan didik Yaya sampai berjaya : :


: : Diteruskan dengan acara Graduasi Darjah 6 : :


: : Mereka yang terbaik di antara yang terbaik : :


: : Lari keluar jap beli bunga untuk Yaya : :


: : Budak-budak sekarang. Eh mak budak pun sama naik selfie, so nak marah anak pun kenot la kan hehe : :


: : Yasmin Binti Mohamad Faizal, penerima Anugerah Tokoh Murid aka Puteri Convent SK Convent Tahun 2016 : :


: : Kasih seorang ayah tiri. Sob sob : :

Tahniah sayang di atas segala pencapaian dan kecemerlangan.
Terima kasih pada Opah dan Allah SWT yang memberikan limpahan rezeki dan kasih sayang kepada kita.
Terima kasih pada cikgu-cikgu yang mengajar, yang mengesan bakat Yaya dari darjah 1 sampailah habis sekolah ni.

Jadi anak yang baik dan sentiasa bersyukur apa adanya ya?
Jauh lagi perjalanan awak.


: : Sijil penghargaan sebagai Pengawas Sekolah : :

Sekarang dah 4 bulan Yaya kat Sekolah Menengah.
Alhamdulillah Yaya memang terus ditempatkan di Sekolah Menengah Convent Taiping, sekolah Kluster Kecemerlangan.
2 tahun lagi PT3 pulak.
Semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran awak sayang 🙂

    2 thoughts on “Hari Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 SK Convent Kota 2016

    1. salizah abu bakar

      tahniah buat yaya,akak n opah yg berjaya mndidik yaya hingga berjaya ke tahap ini..sebak hati sye menonton video tu..nangis sorang2..betapa tabahnya akak dn opah mnjaga yaya tnpa kehadiran seorang ayah kndung disisi..moga hari2 yg mndtang sentiasa membawa kebahagian buat akak sekeluarga..

    2. Liyana

      uwaaaa…sy lak nangis tgk videa and baca kak..apakah sy jgk hati tissue..sjk dh da ank sendiri ni..hati mudah tersentuh bila melibatkan ank2.. Tahniah kak, Tahniah Yasmin.. semoga lebih sukcess di masa hadapan..