Blog Maya Dot Com

Goodbye To The Tie

After a lifetime of work, our colleague has hang up his hat
No more endless toil, but now it is endless joy

His retirement is here at last
And he is dancing as he leaves

We have the pleasure of inviting you to a luncheon in honour of our very loyal employee.
Don’t forget to block your calendar. Hope to see you there.


: : Kak Aida yang tak duduk diam : :

Lokasi kejadian Farewell Lunch untuk Abang Sly bertempat di Bistro Qaseh, Kelab Golf PDRM, Titiwangsa, 2 hari sebelum ia meninggalkan B**  buat selamanya. 18 April 2017.
Pergi ramai-ramai naik bas.
Seriau kejap sebab jalan masuk tu sempit sangat.
Nasib Abang Driver adalah hebat boleh cilok masuk dengan jayanya.

: : Abang Mohd Noor sebagai pengacara majlis. Dan Kak As sedang memberi ucapan : :


: : Cenderahati untuk Abang Sly berupa jam tawaf khat : :


: : Comel kan kek ni? Tempah dari @banker2baker : :


: : Acah-acah potong. Tapi tak potong pun. Kitorang semua suruh Abang Sly bawak balik rumah : :

Oh, selain Farewell untuk Abang Sly, kami buat juga 1st Quarter Birthday Celebration.
Tapi untungnya semua staff dapat cupcakes sendiri.

Food kat Bistro Qaseh ni biasa-biasa je kot.
Takde la wow factor sangat.
Boleh je la telan.
Begitu jujur Normaya memberitahu.

Tema maroon pink.
Saya pakai tudung warna biru kehijauan tu sebab nak matchingkan dengan corak bunga kat baju kurung tu.
Lama dah siap baju kurung ni, dari last year lagi tapi tak pakai sebab konon nak simpan untuk occasion la hehe.
Kainnya saya beli masa trip ke Medan tahun lepas.


: : Ini namanya rakan sebaya. Semua pun 55 tahun. Bulan 7 ni Kak As pulak bersara. Kak Mas bulan Disember 2018.  Yang lain-lain semua ambik option bersara 60 tahun. So lagi 5 tahun lah depa semua. 4 orang bersara serentak tahun yang sama. Pergh : :


: : 2 orang bos yang baik angat-angat. Kak Noni pun nak bersara dah Disember 2018 huhu : :


: : Sekali lagi laluan turun yang mencabar. Saya duduk depan sekali. Gayat!! : :


: : NM & NA.  Fabrik kain saya dengan Kak Aida tu memang sebijik sebijon material dan warna. Aterrr dah asalnya pun sama dari Medan sana : :


: : Tengah feeling selfie tiba-tiba Kak As lalu kat belakang hiks. Nasib la boss ai sporting tak marah ponn : :


: : Siapa yang sambut birthday Januari sampai April dapat hadiah ni. Saya la pun yang pergi beli kat MAG sana untuk semua 16 orang hehe : :


  : : Penyediaan kad ni semua pun saya jugak yang uruskan. Multi tasking tak saya? Heee : :