Blog Maya Dot Com

Farewell Trip Abang Sly Part II

Malam tu siap-siap lepas Maghrib keluar dinner.
Kami ke Aroma Ikan Bakar.
Rasanya last saya makan masa percutian keluarga tahun 2014 dulu.

: : Abang Mohd Noor & Kak Gee pilih apa yang nak dimakan : :

: : Inilah yang dipilih.  Ketam, pepahat, sotong, siakap : :


: : Sukanya tengok ikan warna merah tu. Dan bawal tu pulak besaqnya! : :


: : Ikan Jenahak ni pun kemain la besarnya. Tapi takut tengok mata ia : :


: : Kami duduk di table Saung 4 : :


: : Sibuk la si AJ nak snap gambar tshirt belakang dia tu : :


: : Siakap 3 Rasa, Pepahat Cili, Sotong Goreng Tepung, Ketam Telur Masin, Sup Sayur & Kailan Ikan Masin : :


: : Nah close up Pepahat. Saya pun tak pasti pernah makan ke tak benda alah ni. Tak kot. Macam chewy chewy bila gigit : :

Total makan dengan air dalam RM212.
Tapi kan… food semua mengecewakanlah.
Satu pun tak kena kat tekak saya.
Siakap 3 Rasa tu, dah kenapa gitu romannya?
Takde rupa paras dan rasa 3 Rasa langsung.
Cili Telur Masin tu pun kering ya amat. Tawar.
Ingat saya je, tapi yang lain pun semua setuju makanan memang mengecewakan haishh..

Saya masih selsema dan bersin berkali-kali.
Tekak perit, mata pedih. Ayuhlah pulang.
Malam tu takde stay sembang ke apa pun sebab memang saya tak larat.
Sian Kak Gee hidung saya srot sret, air hidung semua keluar.
Memang dah agak mesti berdengkur. Sorry Kak Gee…. 🙁

Esok pagi semua pakat sakit perut.
Saya 2 kali membuang. Kak Gee sampai terpaksa pergi toilet kat luar sebab lama saya memerut.
AJ pun sama. Abang Mohd Noor pun sama.

Siap-siap nak pergi breakfast kat luar.
Dalam kereta Abang Mohd Noor pasang lagu Ahmad Jais.
Feeling balik raya sudahnya.
Ada saya instastory kan kat IG sana.


: : Simple je kedai makan ni. Hakim yang suggest sebab rumah mertua dia kat area sini : :

: : Tamak haloba order nasi lemak dengan roti canai. Nasi lemak tu ada ikan kembung separuh : :

Balik kabin sambung melepak borak lagi.
Abang Mohd Noor dengan AJ masih sakit perut especially si AJ.
Sian ia.
Memang confirmlah food malam tadi nih hmm..

Pukul 11.30 pagi sesiap nak check out.
Bergambar dulu lah.
Punya la panas teriknya ha sampai nak bukak mata pun payah.
Boleh rujuk mata Abang Mohd Noor dan Kak Gee.


: : TQ Kak Gee temanin saya di dalam trip ini : :


: : Terima kasih The Kabin! : :

OK jugak la The Kabin ni.
Kalau datang ramai-ramai geng buat reunion ke, gathering ke lagi best lah.
Boleh book 1 tempat ni.
Korang boleh tengok jenis bilik dan harga kat website The Kabin.

: : Gigih AJ panjat ke atas nak snap gambar saya punya pasal. Saya pulak siap halau bebudak tu ke tepi nak bagi nampak tulisan The Kabin tu hiks : :

Dalam sejam camtu dah selamat sampai KL.
Bergelak ketawa je dalam kereta.
Sayang sangatlah kat depa ni.

Terima kasih Abang Sly sebab luangkan masa untuk short trip ni.
Terima kasih Abang Mohd Noor, Kak Gee, Hakim & AJ juga.
Maaf di atas segala kekurangan saya sebagai gorgonizer.
Ada rezeki kita buat trip lagi na….. 🙂

Saya sampai rumah terus pengsan tidur sampai malam.
Badan lemau lembik sesangat.
Migraine nyut nyut nyut.
Selsema sakit tekak semua.
Rupanya esok tu find out Hakim dengan Abang Mohd Noor pun sama badan seram sejuk nak demam.
Kena keteguran ke cemana kita ni?