Blog Maya Dot Com

Farewell Trip Abang Sly Part I

Sly ni nama panggilan mesra kat office.
Nama betulnya Rosli. Sejak dari saya masuk RSA memang orang panggil ia Sly, so saya pun zass jelah panggil Abang Sly.
Tapi dia tak biasakan diri dia abang pun. Ia sebut I je.

Abang Sly ni workstationnya berdepan sebelah kiri saya.
Depan sebelah kanan is Hakim.
So memang saya rapat dan mesra jugak la dengan Abang Sly ni.
Hari Jumaat selalu dia akan belikan breakfast nasi lemak kat saya.

Bila ada problem ke, luahan hati pasal kerja ke, kadang tu pasal personal gak, dia dengan senang hati mendengar dan bagi nasihat.
Memang pangkat bapak-bapak lah.

Tu yang decide nak buat Farewell Trip untuk ia.
Last day ia kat B** ni on 20 April 2017.
Asalnya ajak semua geng Kita Kita Aje.
Tapi biasalah, tak semua available kan.
So tinggal la kami 6 orang saja.
Plan goes on.
Ada 3 tempat dalam list.
Melaka, Janda Baik dan Kuala Selangor.
End up ke Kuala Selangor sebab mostly hotel yang kitorang nak kat Melaka dengan Janda Baik tu full.

Saya book kat The Cabin, Kuala Selangor, 15 – 16 April 2017.
Saya book 9 Mac 2017 hari tu.

: : Pepagi hari kejadian 15 April tu, Encik Z masakkan cucur bawang buat bekalan kami. Maceh husband : :

Naik 1 kereta je, senang. Kereta Abang Mohd Noor.
Cumanya Hakim dengan AJ sempit sikit la kat belakang tu hehe.


: : Ngam ngam beg semua tersusun kat belakang : :

Gerak dari KL pukul 12 tengah hari, terus je menuju ke Kuala Selangor.
Berhenti minum cendol kat Cendol Bakar dulu.
Maceh Abang Mohd Noor belanja cendol.

Lepas pekena cendol cari lunch pulak.
Kami lunch kat Asam Pedas Atok bertempat di Sungai Sembilang, Kuala Selangor.


: : Nak makan ikan fresh pun ada jugak kat sini : :

Tapi kami semua sepakat nak makan asam pedas.
Kemain nafsu memasing taknak share.
So ambiklah setiap sorang satu claypot.

: : Tambahan kangkung belacan, kailan ikan masin dan telur dadar : :


: : Saya ambik telur ikan sembilang. Tapi telurnya tak sesedap telur ikan duri/mayong. Tapi kuah asam pedas tu sedap : :


: : Terus ke The Kabin yang letaknya cuma beberapa depa dari Asam Pedas Atok tadi : :


: : Kena park kereta ke belah depan sikit : :

Saya tau pasal The Kabin ni dari media social lah.
Sekarang kan kalau ada je hotel/homestay lain dari yang lain semua pun keluar kat Facebook la, blog lah kan.
So memang senang je nak mencari.
Lagi pula Abang Sly pun tak pernah sampai area Kuala Selangor ni.
Sedang molek lah tu.


: : Check in di sini. Sini pun jua merangkap cafe tempat makan. Jajan dan minuman jua dijual di sini : :


: : Harap pihak The Kabin boleh print out nama Hamburg tu memolek semula ya : :

Jalan menuju ke kontena kami.
Yang paling kanan, yang ada tulisan warna warni atas tu.
Hamburg. RM466.40.


: : Ada hammock untuk berehat rehat : :

: : Ni parking sebelah depan. Tu macam nak buat tempat exercise tu : :


: : Inilah kontena kami : :

Memang ngam-ngam untuk 6 orang kontena ni.
Sebelah kanan ada katil double decker untuk 4 orang.
Dan sebelah kiri katil queen untuk 2 orang.
Toilet pun ada 2 kiri kanan.

Cuma cuma cuma.
Kat belah double decker tu takde plug point.
So jejaka 4 orang tu terpaksa bagi handphone cas kat bilik saya dan Kak Gee.
Sian depa huhu.

: : Kettle ni pun cuma ada kat bilik queen aje : :

Lepas check in tu tetengok saya datang bulan pulak.
Patutla jerawat naik. Hari pertama period memang biasa saya akan migraine teruk.
OK la tu satu. Pastu setiba-tiba je saya selsema, batuk dan sakit tekak.
Eh misteri sangat ni. Badan terus rasa seram sejuk.
Tapi cuaca memang panas sesungguh.


: : Petang tu lelepak menyembang sambil mengopi kat depan bilik : :


: : Bancuh kopi tapi takde sudu nak kacau. Kacau la guna batang daun. Hiks : :

Ingat konon nak jalan tetepi pantai tu tapi tak lama hujan turun lebat sangat.
So kami melepak menyembang je lah.
Seronok, macam-macam topik keluar.
Teringat dulu yang pergi Tanah Aina Fahad tu, berkumpul camni.
Cuma orang je la bertukar bersilih ganti.

: : Abang Sly takde masa ni sebab pegi cas handphone kat reception. Lama dia hilang, kitorang dah risau dah dia jatuh dalam kolam ke apa hehe : :


: : Setiba-tiba ada kucing muncul. Saya terjerit terperanjat nampak anak kucing tu. Yang kelakar dia pun terperanjat tengok saya haha : :


: : Diharap pihak The Cabin dapat menukar blind ini. Agak kotor dan kelihatan akan mereput : :

OK Abang Sly telah kembali.
Sambung la lagi borak.
Mostly fokus tentang apa yang dia nak buat lepas pencen nanti.


: : Jiran sebelah tengah prepare BBQ. Kami mampu tengok je laa : :