Blog Maya Dot Com

Vietnam Roll & Lontong Darat @ Taiping

Nampak Kak Hani letak Vietnam Roll dalam Facebook ia.
Katanya kawan dia yang buat. Fuhh terliur terus.
Memang dah lama saya teringin ringin nak makan Vietnam Roll nih.
So bila nampak Kak Hani post kan tu, apa lagi, teruslah saya pm tepi ia.

Lagipun saya memang nak balik Taiping minggu tu.
So tanya gitu gini, terus place order.

Sehari lepas tu, Kak Hani postkan pulak gambar Lontong Darat.
Pun katanya kawan ia yang buat.
Sekali lagi saya pm tepi, kata nak order.
Macehh Kak Hani tolong uruskan.

Balik Taiping, malam tu Kak Hani siap datang hantar kat rumah Vietnam Roll ni.
Satu pack tu ada 3 ketul. RM6. Makna seketul RM2. Kira murah la.
Sebab saya pernah tengok yang kat KL ni orang jual macam mahal jugak.
Saya campur-campur both ketam dengan udang.
Udang lagi sedap dari ketam sebab ketam tu guna yang selalu orang letak dalam yong tau foo tu.

Saya dengan Yaya je pulun makan.
Encik Z tak berapa gemar. Dia tu makanan lain dari yang lain sikit mana dimakannya.
Esoknya siap saya suruh Yaya bawak pergi sekolah sebab dia ada latihan tarian.
Tapi katanya kawan-kawan dia tak berani/tak reti makan.
Depa makan Biskut Gery je. Habis licin.
Biskut Gery saya bawak dari KL 1 box besar ha.

Esoknya pulak lepas habis nonton cerita J Revolusi kat AEON Mall, saya gi jumpa Kak Hani kat Kamunting nak collect Lontong Darat pulak.
Satu RM5 saja. Dah la macam-macam ada dalam ni.
Memula saya tak perasan siap ada rendang ayam ha!
Lagi la rasa macam murahnya RM5 dapat semua ni!

Memang sedappppp. Makan ramai-ramai.
Mama, Kaklong sekeluarga dan Adil sekeluarga.
Semua pun kata sedap.

: : Say Assalammualaikum to Kak Hani! : :

Gambar terpaksa dihitamputihkan sebab setiba-tiba gambar ni lepas snap jadi warna purple.
Motip sangat kan.
Kak Hani ni actually senior sekolah menengah KakTin.
Saya kenal dalam 2,3 tahun lepas sebab KakTin mintak tolong kirimkan brownies dia buat pada Kak Hani.
Dari situlah kenalnya.

Terima kasih Kak Hani! Ada rezeki saya mintak tolong order-orderkan lagi naaa hehe..

    One thought on “Vietnam Roll & Lontong Darat @ Taiping