Blog Maya Dot Com

Sendayan

2 April hari tu saya pergi jalan-jalan ke Sendayan.
Objektif melawat kawasan rumah orang ada ada.
Ingatkan si tuan rumah, Kemal ada. Rupanya ia balik kampung.
2nd tuan rumah, Payiet je yang ada. OK la tu.

Keluar rumah pukul 9 pagi camtu.
Singgah breakfast kat Mcdonalds Sungai Besi nun.
Ingat nak makan cakoi tu tapi eh eh takde pulak.
So end up ambik Fillet o Fish je lah.

Perjalanan ambil masa dalam 2 jam gak la.
Highway sesak sebab ada 2 accident.
On waze dia bawak pusing jalan dalam, pastu keluar highway balik.
Tapi sokayy selamat sampai tanpa sesat ke apa.

: : Rumah ada-ada kan. Kena la register dulu : :

Sampai depan rumah, Payiet takdok, pi jemput KakTin & pranitanya kat stesen Komuter Labu.
Tapi Fazirah ada la kat rumah.
Disclaimer : Fazirah adik Payiet, bukan isteri. Awas yaa..

Sementara menunggu hidangan tiba.
Kita jamu selera dengan teh o, samosa dan apam balik dulu.

Menunggu hidangan tiba tu bukan apa, food semua dimasak dan diimport khas dari PD sana.
Ayah Payiet yang masak ha.  Maceh Pakcik Matnor.


Kitorang nonton cerita kartun Sing tu.
Sakit perut gelak. Comel dan kelakar.
Tang babi berjoget kat supermarket tu ada saya instastory kan.
Kemain gembira nyanyi dalam supermarket hehe.

: :  Fazirah, nanti ada rezeki kita ajak Along dengan Kemal travel sesama k : :

Sesuka hati tayang nombor kereta orang ha.
Ampun Fazirah, ampun Yiet.
Tu muka saya tu tengah tersenyum berangan tu.
Kalau dapat rumah begini alangkah bahagianya. Gitu…

Tapi takpe, takde rezeki tang saya, saya happy untuk rezeki kawan-kawan.
Rezeki manusia kan berbeza-beza.
Thank you Payiet & Fazirah di atas layanan dan makan-makan.
Lepas ni kena tunggu Kemal ada kat rumah pulak.

OTW balik rumah tu, singgah kat Bandar Bukit Puchong.
Tengok orang dok update kat FB pasal ada Thai Food Fair.

: : Macam menarik je Teh Ais Madu ni, so beli lah : :

: : Aiskrim gulung. Macam nak jugak lah : :


: : Kena makan terus sebab cepat cair : :


: : Mengecewakan. Tak sedap! : :

Bandar Bukit Puchong ni dekat dengan Putra Perdana Puchong.
So ajak lah Encik Z pusing-pusing area ni mengembalikan kenangan lama gitu.
Lepas saya nikah dengan Ex dulu kitorang pernah menyewa rumah double story kat sini.
Ada a few kawan-kawan sempat datang rasanya.

Kaklong dengan Abang Long pun pernah menyewa apartment kat sini.
Masa saya duduk Melaka, kalau turun KL je, rumah Kaklong ni la saya dengan Ex bertumpang tangga.

Dan area ni akan always menjadi kenangan sebab lepas Yaya lahir dulu, saya selalu bawak dia pergi check kat Klinik Kesihatan Dengkil.
Juga, Yaya menyambut Hari Raya AidilAdha yang pertama dalam hidupnya di sini.
Raya pertama dalam hidup, tapi sambut tanpa seseorang bernama Babah di sisi.
Tapi kita survive kan Yaya?  Allah sayang kita. Allah jaga kita berdua 🙂


: : Ayam pulut, somtam seafood, mieng kham. Semua pun RM6, RM7. Rasa? Ok ok la.. tak la sedap sangat dan tak la tak sedap : :

    One thought on “Sendayan