Blog Maya Dot Com

#Kita Kawan Lah

Berjanji-janjian nak lunch dengan Ita sebab lama tak lepak borak-borak dengan ia.
Nama je satu office tapi masing-masing busy dengan urusan sendiri.
Biasalah tu kan.

Makan kat cafe.
Masa tu ada promosi aiskrim vanilla Butterscotch.
Sedappp. Saya repeat 2 kali esoknya ha.

Ita upload gambar makan berdua tu kat FB.
Pastu komen mengomen dengan Atie, Syikin & Kak Diella.
Semua pun nak jugak lunch together-gether.
So set lah.

Kalau takat komen-komen kat FB takde tindakan, memang takkan jadi lah ye dok.
So saya create lah group whatsapp diberi nama Lunch Hari Jumaat, tapi sekarang dah ditukar kepada #KitaKawanLah
Pong pang gitu gini bincang, so decide nak ke Quill Mall.

Oleh sebab semua tak boleh buat keputusan nak makan apa, so saya bagi je la cadangan makan kat Sopoong.
Boleh pulak semua setuju tanpa bantahan.

Gambar kat bawah ni tak nampak belah kanan Syikin tu saya gantung 2,3 helai baju sebab petang tu saya nak terus balik Taiping.

“Dah kenapa si Mya ni siap iron baju bagai. Nak balik Taiping je kan? Rumah mak sendiri kan? Bukan rumah mak mertua kan?”

“Shadap u, Kin”

“Taktau pulak aku kau ni OCD Mya”

Haha. Adoi laa..
Ni bukan sebab OCD ke apa.
Tapi sebab siap-siap dah baju dari KL, nanti kat Taiping takyah pepening runsing nak iron baju dah.
Ada paham? Hiks.

Ambik set je senang.
Macam-macam menu ada ha.
Ni pun ada yang belum sampai, tapi kami dah ngap dulu.

Cover cerita gitu gini.
Ada saya update kat instastory.
Tapi suara terpaksa mute sebab memasing kemain lagi emo buat curahan hati.
Emo tapi comel la.
Especially si Syikin tu.
Atie pulak bila mendengar kemain fokus dan kusyuk.

Tapi paling panas pukul 1.50 tengah hari baru Kak Diella buat kemunculan. Boleh?
Sabau je laa semorang ha.
Nak gossip pun tercungap cungap cakap lelaju.
Kena arrange lain ni nampaknya ni.

…. Kita semua pernah berbuat salah.
Tenang. Itu normal.

Pengalaman buruk memang tidak mudah dilupakan dengan cepat.
Tugasmu hanya berhati-hati supaya tidak melihat hal buruk kembali terjadi.

Bismillah, berhijrah.
Belajar menjadi manusia yang lebih baik.
Bukan lebih baik dari orang lain, tapi lebih baik dari dirimu yang kelmarin….

#beraniberhijrah @beraniberhijrah

    2 thoughts on “#Kita Kawan Lah