Blog Maya Dot Com

Janaview Condotel @ Taiping Golf Resort

Cuti sekolah bulan Mac hari tu tak sempat nak plan ke mana-mana sebabnya Adil & Kaklong pun tak dapat nak decide.
Mama pulak taknak turun KL.
Dan kebetulan Yaya ada program kat sekolah.

Tapi semua memang pakat nak balik Taiping lah.
Untuk tidak mengecewakan anak-anak, saya book lah satu bilik kat Janaview Condotel @ Taiping Golf Resort.
Pastu semua pun sama nak ikut. Yerlah, jom.

Saya book via booking.com.
Harga bilik RM168. Kalau ikutkan macam memahal jugak la.
Tapi what to do. Kamalodge full, Suria pun full.
Cuti sekolah kan.


: : Sampai-sampai tengok kat lobi macam scaryyyy je : :

Call nombor yang tertera dalam reservation tu.
Datanglah sorang budak lelaki melayu dengan motor.
Katanya unit ni semua orang persendirian yang punya.
Management dah tak involve.
2 bilik queen. 1 bilik twin bed.
Kondisi bilik biasa-biasa aje.
Encik Z tidur kat sofa bed tu.

Budak-budak happy je la kan tidur hotel.
Janji ada swimming pool.


: : View dari bilik. Mengadap swimming pool : :

: : View dari swimming pool. Nampak bilik : :

Kalau tanya saya, memang tak rekemen kot tempat ni.
Macam tak siap pun ada. Cer tengok 2 gambar di bawah.
Siling atas tu berlubang.
Air menitik dari atas, ditakung dengan bekas kuning tu je.
Dalam bilik takde tong sampah, so orang longgok sampah kat luar.
2 hari tak dikutip.

Malam tu keluar pergi pasar malam Kamunting tapau food.
Masing-masing dah malas nak keluar.
Wajib beli air teh o ais cincau sedap.

: : 3 saiz : :

: : Caca muat pakai seluar Opah. Tsk : :


: : Makan ramai-ramai dalam bilik : :


: : Keesokan pagi. Layan view : :


: : Aisya yang kemain selesa tidur tersepit : :


: : Anak-anak mandi kolam tapi tak lama pastu hujan : :


: : Lapar lettew : :


: : Yaya & Mommy : :


: : Ayah cenyummm Ayah cenyummm : :


: : Puting pun puting laaaaaa. Disisni pun disisni laaa : :


: : Adil belikan nasi lemak : :

Siap-semua semua check out.
Bergambar la sekeping 2 buat kenangan.


: : Beberapa minit sebelum Amar & Mawa terlena : :


: : Kat petrol pam. Anak-anak beratur menunggu q dari Mama, nak gerak ke tempat lunch : :


: : Laju betul Mama drive. Berdesup peginya : :


: : Kelas tak saya ambik order? Memang biasa aktiviti keluarga ceni, semua pun saya uruskan. Pasrah : :