Blog Maya Dot Com

Happy 47th Birthday Kak Gee!

19 Mac Ahad birthday Kak Gee.
So hari Isnin tu keluar lah lunch bertiga-tigaan dengan Kak Lin.
Memang saya dah ditugaskan beli kad, hadiah dan cari tempat untuk lunch.
Fikir punya fikir, ke Swensen’s Sunway Putra Mall lah kita.


: : Crispy Cornflake Chicken saya punya. RM26.90. Sedap! : :


: : Sphagetti Aglio Olio RM18.90 : :


: : Spicy Seafood Pasta RM27.90 : :


: : Iced Latte RM8.90, Iced Coffee RM7.90 & Mango Lychee RM14.90. Sedap Mango Lychee tu : :


: : Sos Swensen’s : :

Kami order Firehouse Happy Birthday RM25.90 share bertiga.
Kat Swensen’s ni memang terkenal dengan kelazatan aiskrimnya.


: : Dah cedok aiskrim Strawberry tu baru teringat nak snap gambar hehe : :

Lalu nyanyilah saya dan Kak Lin dengan suara sumbangnya.
Ada saya letak kat insta story sana.
Lepas tu saya pun keluarkan lah hadiah untuk Kak Gee.
Iaitu seketul tumbler Starbucks.
Actually masa kitorang keluar lunch hari tu ada kitorang sama-sama belek tumbler ni.
Nampak macam Kak Gee suka, tu yang takyah fikir dah, zasss je beli yang ni.

Kak Gee tu terharu sangat tu sampai tak terkata.
Pastu tiba-tiba eh eh meleleh air mata pulak dah haha.
Sensitif pulak dia walhal bukan apa pun kitorang buat kan.

Lepas tu keluarkan kad pulak.
Tapi Kak Gee taknak baca kat situ.
Takut meraung ke cemana Kak Gee hehe.
Baru perasan saya tertinggal nombor 7 kat situ.
Adoiii..

Kak Gee ni antara sahabat yang palingggggg baik saya pernah kenal.
Pendengar yang baik, kelakar dan sangat sangat memahami.
Kalau ada apa-apa nak cakap boleh terus cakap direct je, takyah ada rasa takut dia kecik hati ke marah ke apa.

Selamat Hari Lahir Kak Gee.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah SWT.
Friendship forever. Love you so so much!