Blog Maya Dot Com

Grow Your Ideas Into Results

Hari Ahad sampai KL dari Surabaya, esoknya 10 April terus kena attend course 2 hari kat Sasana Kijang.
Ala-ala dejavu sama macam last year masa saya pergi Perth.

Tapi sokayy sebab course ni best sangat!
Tajuknya seperti di atas. Ada pulak geng so memang takde rasa mengantuk ke apa.
Cikgu bernama Encik Ahmad Tifley yang kami panggil Cik Mat.

Basically Grow Your Ideas Into Results ni untuk support group.
Kekira macam maksudnya semua orang punya hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.
Idea datang dari pelbagai sudut dan orang.
Tak kira pangkat dan peringkat umur.
Tapi kita ni selalu terkekang nak bagi pendapat sebab risau, tak yakin dan sebagainya.
So Cik Mat ni ajar la semua langkah-langkah cemana ke nak bagi pendapat dan idea dengan cara yang berkesan. Gitu.

Tak boring langsung sebab banyak aktiviti.
Cik Mat ni pun kelakar orangnya.
Dan dia treat semorang sebagai adults.
So automatic akan ada respek dari peserta.

Saya satu grup dengan Erin, Syahril, Abang Rizal & Azemi.
Azemi datang lambat. Patut nama group kami Amaze 4.
Tapi bila Azemi masuk je terus nama group tukar jadi Amaze 4 + 1. Hiks.

Aktiviti pertama kita kena lukis gambar kawan sebelah kita.
Macam saya, Erin yang kena lukis gambar saya.
Saya pulak kena lukis gambar Syahril.
Memula saya lukis tu kan, tah kenapa cam pelik.
Saya sendiri yang terdetik “Dah kenapa macam monyet pulak muka dia ni aku lukis”
Terus saya keronyok dan lukis lain. Baru la ok sikit.
Si Syahril sibuk nak gak tengok gambar yang saya dah keronyok tu.
Saya tak bagi tapi dia ambik je.
Dia cakap “Eh, macam kera!”
Matikla nak.

: : Nak selfie je pun, tapi dia punya huru hara macam nak bergaduh. Begitu ada peserta lain memberi teguran. Hiks : :

: : Lunch! : :

Group presentation kena bagi idea cemana ke nak buat penambahbaikan sesuatu di office.
Group saya discuss tentang sistem pemfailan.


: : Cik Mat yang pakai tie merah tengah tu. Memang best lah dia. So kawan-kawan office, sila lah attend course ini ya : :

    2 thoughts on “Grow Your Ideas Into Results

    1. Erin

      Hahaha 😀 kelakar baca entry ni…terbayang2 lagi awak keronyok kertas yg awak lukis muka si Syahril tu hahahha 😀
      Tu belum tgk rupa saya pulak… lagilahhh…mcm org utan dah hahahah 😀