Blog Maya Dot Com

Grind 22

26 Februari attend wedding Bila, sepupu abang Man, merangkap husband Kak Gee.
Bila ni dulu ex staf B** so saya kenal lah.
Oleh sebab lokasi kejadian dekat je dengan rumah so macam tak patut pulak kalau tak pergi.
Lokasi kejadian di Danau Kota sana.

Sampai-sampai jumpa orang tua pengantin dan terus makan.
Tak lama kedengaran suara orang tengah berduet nyanyi.
Ingatkan Bila berduet dengan husbandnya, tapi jenguk tengok la Abang Man rupanya.
Sedap suara dedua.


: : Kak Gee, pengantins, Kakak Ostajah. Selamat pengantin baru Bila & suami! TQ sebab jemput šŸ™‚ : :

Selesai makan kenduri ajak Encik Z gi ngopi-ngopi.
Kami ke Grind 22 Bangsar.
Lama dah nak mengopi kat sini tapi tak tak kesampaian.

Saya cerita la dengan Encik Z, tapak tempat ni ialah asalnya rumah Kak Dona sefamily.
Kak Dona yang saya panggil Kak Don ni kawan saya dari zaman saya kerja Maxis lagi tahun 2000 dulu.
N until now masih friend-friend kat media social.
Dulu anak-anaknya kecik comel je, sekarang dah anak teruna dara dah.

Family Kak Don jual rumahĀ  ni dan diorang settle down kat tempat lain, tapi dalam KL jugak la.
So bila datang ni kinda reminiscing the good old days gitu.

Order drinks kat kaunter, dan collect sendiri.
Kalau nak makan #Wokit kena order kat belah belakang.

: : Air Encik Z tu punya la pahit baqhang. Nasib la adik waiter tu bagi air gula. Kalau tak, memang saya takleh telan. Tapi Encik Z relax je ha minum. Nama airnya Hangover. Memang over la hang ni : :


: : Grind22 ni kecik cenonit je sebelah kanan tu.Yang besarnya ialah Butik Twenty2 : :

: : OOTD serba putih ala-ala Vivy. Hiks. Tote bag & scarf dari @theduckgroup . Blouse AerilWawa beli kat @sharabangsar . Seluar dari @creacionbysitinurhaliza : :

Sampai KSU tetengok ada kereta park kat parking lot kitorang.
Dah la takde sticker. Terus la Encik Z report kat security.
Sekejapan dah kena clamp.
Terpaksa Encik Z park kereta jauh kat blok A sana.

Tak lama lepas saya naik dan Encik Z baru lepas park kereta, turun la 4 orang budak perempuan ni ha.
Security kata diorang datang tengok rumah, so tak sure nak park kat mana.
Diorang ada kad akses sebab tu boleh lolos masuk macam tu je.

Sebab itu lah pentingnya komunikasi dik.
Kalau tak tahu kan boleh tanya dulu pada security.
Kan dah tak pasal kena bayar duit nak bukak clamp tu.

    One thought on “Grind 22

    1. s2m3r

      best gini
      ada designated parking
      cuma susahnya kadang-kadang..pegi tempat gini..visitor parking usually penoh…pastu ahkak jenis takot masok parking suka2..kang kena clamp x pasal2

      bila tanya security nak park mana..suh carik visitors spot

      pusing2 tang tuuu
      akhirnya call tuan rumah
      so sorrylah tak dpt nak ziarah
      parking xdakkkkkkk
      sedihhhh