Blog Maya Dot Com

AR & FSPSR Appreciation Lunch @ Rebung

Tahun ni saya terlibat secara tak langsung dengan AR & FSPSR.
Tapi tak la sejitu macam tahun-tahun sebelum ni.
Kali ni cuma jadi usher, jaga registration dan susun-susun sahaja.

Selesai event, dapat invitation dari committee untuk lunch kat Restoran Rebung.
First time saya sampai yang kat Bukit Aman ni.
Dulu yang kat Bangsar saya pernah pergi sekali masa event Treasure Hunt bloggers.

: : Sampai-sampai tengok ada nasi ulam!! Terus menggelupur cecepat ambik pinggan. Rindu nasi ulam Mama buat : :

Nasib baik gak saya ambik terus.
Sebabnya lepas tu dah takde top up dah.
Ia ganti dengan nasi lain. Rezeki nak merasa kan.

Food semua memang sedap tapi saya tak dapat la nak try semua.
Sebab banyak sangat kan.
Saya makan seperti di bawah. Laksa, sup daging/tulang, ratah-ratah kerang, siput sedut.
Dan ABC.

Masa q nak ambik sup daging/tulang tu, setiba-tiba lalu sebelah table Ramli Sarip.
Pastu Engku Emran pulak lalu sebelah I. Hensemnya diaaaaaa.

Masa hari kejadian orang boleh tahan meramai.
Aircond pun tak berapa nak rasa.
Saya ni dah la pakai baju lengan kembang-kembang, nak kaut daging/tulang ni mesti payah ni.
Nasib Anis ada. TQ Anis tolong kautkan huhu.


: : Wanita-wanita besi disebalik jerih perih penyediaan AR & FSPSR. Kudos korang! Semua ni officemate Encik Z kecuali sorang yang belah kiri tu department lain : :

Sebelum nak gerak balik, baru teringat eh tak snap lagi gambar dalam Restoran ni.
Saya pun paling badan dan terus snap.
Tiba-tiba macam ternampak seseorang yang saya kenal.
Rujuk gambar bawah ni sebelah kanan sekali.

Saya tenung dulu nak make sure betul ke tak.
Aah yer la, Kak Don.

“Nyah, kawan kau Kak Don tu, blogger ke?”

“Dulu dia blogger la. Tapi aku kenal dia masa kerja kat Maxis”

“Ooo.. Dia dah kawin ke?”

“Single mom. Anak 2. Tapi dia ada boyfriend. Kau kenal E**** I****?”

“Haaa kenal kenal”

“Tu la boyfriend dia”

“Wahhh… E**** I**** tu lelaki idaman sangat tu. Memang padan la dia dengan Kak Dona ni”

“Kann…”