Blog Maya Dot Com

Santrio Hello Kitty Town – Show & Parade

In between buat aktiviti dan masuk Hello Kitty House semua tu, memang akan ada jadual persembahan dan parade.
Macam saya bagitau, kena sentiasa alert dengan jadual yang disediakan.
Ada show menari, menyanyi, jawab soalan.


: : Bersiap sedia nak tunggu performance Barney & Friends : :

: : Excited!! Seronok la dapat nyanyi sama dan ikut step depa berjoget : :


: : Lepas tu semua karakter keluar. Best pliss : :

: : Persembahan dari Hello Kitty & Dear Daniel : :


: : Ni staff depa dok bagi soalan-soalan pastu setiba-tiba terus berjoget hiks : :

: : Bob the Builder! : :

Sebelum persembahan Bob ni ada la staf depa dok tanya soalan gitu gini.
Ada satu soalan tu depa tanya apa yang Bob akan cakap pada kawan-kawan dia sebelum mulakan kerja?
Takde orang jawab so saya macam terspontan je jerit “Can we fix it? Yes we can!”
Terus staf tu ‘Mommy’s right!!! Here present for Mommy!’
Hahaha segan saya dah semua orang pandang.
Walhal saya jerit tu macam nak suruh Yaya jawab la, tapi depa dah terdengar dulu.
Dapat la sticker Bob the Builder hihi.

Lepas tu depa panggil budak-budak buat bulatan.
Nyanyi menari sama-sama.
Yaya macam biasa, ok je. Takde takut segan ke apa.

: : Ini show penutup, dalam pukul 6 petang camtu. Memang happening dan best best best : :


: : Dan program last sekali, depa akan kumpul Hello Kitty dan semua characters kat Tingkat 2 : :

So korang kena laju-laju q dan nanti akan dapat bergambar dengan semua characters yang korang dah terlepas.
Kat sini memang kena kiasu sikit hehe.


: : Harga gambar yang boleh tahan meninggal jugak. Tapi sebab ntah datang lagi ke tidak kat sini, so saya beli je la yang Combo A tu : :

Kesimpulannya, Hello Kitty Town adalah best best best.
Saya yang dah tua kebana ni pun enjoy dan excited, apa lagi kalau budak-budak.
Rasanya kalau anak-anak kecik bawah 7,8 tahun tu better datang sini je instead of Legoland yang outdoor dan panas bahang itu.
Tapi tu pendapat saya la. Tepuk dada tanya selera.

Terima kasih Hello Kitty Town!
Awak best!

xoxo,
Kak Ostajah