Sanrio Hello Kitty Town

Alang-alang dah sampai JB, jadi marilah kita selitkan satu lagi aktiviti di sini.
Iaitu Hello Kitty Town!
Dah tau lama gak la tempat ni, cumanya tu la semata-mata nak datang tak de daya la kan.
Ni dah kebetulan ada program kat JB, so kita zasss.

Lagipun sementara Yaya kecik lagi ni, ok la dia nak enjoy.
Esok dah besar panjang, mesti dia pun tak kuasa dah nak pergi tempat budak-budak ni kan.

Hello Kitty Town letaknya di Puteri Harbour.
Dan ia adalah di dalam bangunan. Kiranya indoor lah, bukan outdoor.
So tak payah runsing panas ke apa ke.
Memang sejuk beraircond je.

Ada 3 seksyen. Dan boleh pilih sama ada nak masuk Hello Kitty Town saja dengan harga RM85.
Atau All Park yang terdiri dari Hello Kitty Town + Thomas Town + Meet Our Other Characters dengan harga RM125.
Saya ambik yang All Park, beli online kat website playtime.com.my

First floor ialah Hello Kitty Town.
So meh saya bawak korang jalan-jalan kat first floor dulu.


: : Snap jadual atas ni supaya korang tak terlepas tau. Memang semua pun on time! : :

Waktu operasi 10 pagi sampai 6 petang.
Kitorang sampai terlewat sikit, dalam pukul 11 pagi.
Sampai-sampai tengok ada maskot Hello Kitty macam tengah bersiap sedia nak buat something.
Rupa-rupanya surprise untuk salah sorang kanak-kanak kat situ.
Parents depa buat birthday surprise gitu.
Hashtag untunglaaa..


: : Ayahnya mat salleh, omaknya cina : :

Dalam ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat sekeluarga.
Jom kita join jom.
Aktiviti pertama kami ialah mendekorasi sapu tangan.
Setiap sorang diberi sapu tangan kosong dan lepas tu pepandai la decorate.
Tapi peralatan yang dibagi pun setakat cop dan stamp pad je pun hehe.


: : Q untuk aktiviti seterusnya : :


: : Muka pasrah dipakaikan costume : :


: : Lol : :


: : Aktiviti melukis kipas namanya : :


: : Nampak nau tak berbakatnya : :

Lepas tu join aktiviti decorate cookies.
Bentuk Hello Kitty flavour Red Velvet.

: : Saya punya. Hello Kitty bercermin mata gitu konsepnya : :

: : Penuh pink satu muka ha : :


: : Tahi telinga berkerak konsepnya : :

Sapu tangan, biskut dengan kipas tu kita boleh bawak balik tau.
Ni saya dengar yang terbaru ada aktiviti decorate badge dengan keychain.
Best best.

Lepas tu masuk kat satu lagi tempat ni OZ ke apa namanya ntah.
Ingatkan kena naik train ke, rumah hantu ke apa.
Rupanya cam main game dan kumpul point, nanti dapat hadiah.

: : Setiap seorang akan diberi patung ni. Tapi yang ni tak boleh la nak bawak balik : :


: : Kena letak kat tempat yang ditetapkan, lepas tu kena selesaikan misi/soalan : :


: : Tak gatal ke kaki duduk atas jerami tu : :

Dah habis je, pulang balik patung tu pada staf dan nanti diorang akan kira point.
Tak silap saya Encik Z dapat hadiah. Tapi tak ingat la hadiah apanya.
Macam kad mainan Hello Kitty kot.

One thought on “Sanrio Hello Kitty Town

Comments are closed.