Blog Maya Dot Com

Sanrio Hello Kitty Town – Souveniers

Ni gambar-gambar yang saya beli.
Boleh download dekat website picair.com.
Patutnya ada 5 keping gambar tapi sekeping lagi tu saya tak nampak code numbernya.
Lepas dah expired baru la perasan kat resit pun ada. Ceh.

Singgah kedai souvenir.
Cecomels semua ha. Geram tengoknya.


: : Encik Z belikan Yaya patung ni. Untunglaaaa : :

Beg-beg ni lawa sungguh.
Tapi bila tengok harga amboi amboi amboi, mahal sesungguh.
Konon nak jugak la belikan untuk Yaya. Kensel kensel.


: : Lawa beg plastiknya ha : :

Lepas tu kami jalan-jalan kat belah luar building Hello Kitty Town.
Meriah luar ni. Sebab nak dekat Krismas kan, penuh la pepokok Krismas dengan sesalji.


Melepak pekena coconut shake aiskrim.
Nak try yang aiskrim gulung tu tapi habislah pulak.

Barangan yang kami dapat dan shopping di Hello Kitty Town.
Yang belah kanan tu la kad Bob The Builder yang saya dapat sebab jawab soalan hehe.

Kami meninggalkan bandaraya Johor Bahru sekitar jam 6.30 petang menuju ke Muar.
Insya Allah ada rezeki kami nak datang lagi dan objektifnya nak ke Angry Birds, Waterpark Legoland dan bermalam di Legoland Hotel!

Terima kasih Johor Bahru! Jumpa lagi!