Blog Maya Dot Com

Rizq Iskandar 

Cuti CNY hari tu korang ke mana lah?
Mesti jalan sakan ni kan.
Saya tak ke mana memandangkan 2 bulan berturut-turut gi travel kan.
Dah la jauh-jauh tempatnya.
Duit pun dah susut. So duduk diam-diam sudah.

Dapat jemputan dari Ida, jiran satu kondo, majlis aqiqah anak nya, Rizq Iskandar.
Takde ke mana, so keji lah kan kalau tak datang.
Sebelah blok je kot.
Tapi majlis ni dibuat di dewan bawah blok.
Lagi senang takyah nak naik lif bagai.

Orang yang dirai tengah lena diulit intan.
So kita makan dulu.

Food semua sedap-sedap ha.
Kenyang perut. Jimat takyah masak hehe.
Tak lama, orang yang dirai pun terjaga.
Sembang kejap dengan Ida, dia nak kena naik susukan Rizq Iskandar.

Terima kasih Ida dan suami for the invitation!