Blog Maya Dot Com

Muar, Johor : Muar Traders Hotel

Saya memang dah plan nak tidur kat Muar ni 1 malam sebab nak JJCM kononnya.
Google cari hotel, nampak Muar Traders Hotel ni je yang macam semenggah dan dekat dengan town.
So booking la. Harga tak ingat. Sorry……
Sebab booking via phone dan bayar pun guna cash.
Resit dah campak mana tah.

Ambil satu bilik dan tambah extra bed.
Bilik ok la, luas dan selesa.
Actually hotel ni dalam satu bangunan.
Ada campur dengan company lain dan ada a few tingkat yang hotel punya.

Hotel ni takde siaran Astro.
Dan wifi pulak semput-semput.
Dah la malam tu final Gegarvaganza.
Tersiput siput la kitorang nonton ha.

Habis Gegarvaganza nak taknak kena keluar gak sebab masing-masing lapar.
Takkan nak kerah Encik Z pegi menapau pulak kan.
Kesian dia nak pusing-pusing cari kedai makan pulak.
Dah la tempat orang. Kita tired, dia pun tired jugak ye dok?
So keluar lah kita.
Dah pukul 12 tengah malam pun masa ni.
Nasib ada gak kedai makan yang bukak.

Keesokan paginya, konon macam saya nak ajak la Encik Z try local food kat Muar ni.
Tapi Encik Z kata kan hotel ada provide breakfast.
Jangan membazir Normaya.
Baiklah bang. Kita makan kat hotel je la ye.
Food ok la. Tak banyak sangat choice. Takpe, janji ada rasa.


: : Dah siang baru nampak view luar : :

Kena pergi Tingkat 6 untuk settle kan payment.
Lobinya memang kat tingkat 6.
Adik-adik reception ramah tamah semua.
Good job dik.

Dah nampak mercu tanda Muar ni dari malam tadi lagi.
Memang dah bagitau Encik Z, kena jugak-jugak bergambar kat sini.
Masalahnya takde proper parking sebab ia macam tengah-tengah dunia gitu.
Tapi knowing my husband yang very the baik hati and will try sedaya upaya memenuhi kehendak isterinya ini, ia cari jalan jugak la cemana cemananya nak bergambar kat sini.
Maceh bang. U memang baik.

Masa ni memang panas terik nau nau.
Lepas tu perut saya pulak rasa memulas mulas nak cari toilet.
Cecepat la snap gambar ni semua, lepas tu kerah Encik Z cari toilet pula.

“Ayah, nasib baik Mommy nak terberak kan Ayah?
Kalau tak mesti macam-macam gaya Mommy nak posing kat sini”

“Tau takpe. Terselamat kita kali ni”

Sampai hati nak kau menghanjeng Mommy sendiri.
Sob sob sob……

    2 thoughts on “Muar, Johor : Muar Traders Hotel