#MayaTurns38 : Surga Yang Tak DiRindukan 2

Hujung bulan Februari macam biasa balik Taiping.
Rutin bulanan.

Filem Surga Yang Tak diRindukan 2 kan tengah main kat pawagam.
So lets lah nonton 3 beranak.
Saya dah nonton yang first, so senanglah nak faham yang nombor 2 ni.

Saya rasa yang first lagi sedih kot?
Sebab pengorbanan Mei Rose tu kan.
Yang masa Mei Rose pergi naik train tu. Oh so sad.

Yang second ni bagi saya tak sedih sangat sebab perpisahan kerana kematian.
Semua orang akan mati kan. So memang kena sentiasa bersedia lah.

Maknanya ada hikmah la Pras tu nikah dengan Mei Rose dulu.
Kalau tak, mesti Pras takde teman dah.
Dan takde siapa nak jaga anak diorang, Nadia.

Pengajaran dan eye opener untuk kita semua lah.
Tak boleh nak emosi dan marah-marah bila benda yang kita tak jangka berlaku.
Kena tengok hikmah disebaliknya.
Tapi yer la, isteri mana yang tak marah bila suami nikah senyap-senyap, betul tak?
Cumanya bagi saya, hal poligami ni nak marah sangat pun tak boleh kot.
Sebab benda tu halal dan sah di sisi agama.
Lelaki boleh menikah 4. Tak perlu minta izin isteri pun.
Kita siapa nak menidakkan atau menghalang.

Yer la Normaya. Belum ada perempuan lain nak kan kat laki kau.
Esok esok laki kau nak nikah lain, kau bagi ke?
Saya rasa saya bagi je kot?
Kalau saya tak bagi pun, dia nak jugak-jugak, saya nak buat apa?
Takkan nak mintak cerai?

The end of the day, dunia ni sementara je.
Berbahagi kasih atau tidak, bukan pilihan kita.
Tapi kita boleh memilih untuk membahagian diri kita sendiri.

Lepas tu perasan tak yang dalam masa yang sama Pras dengan Mei Rose dah readykan dokumen perceraian.
Tapi masing-masing masih berbolak balik nak proceed atau tidak.
Ada hikmah lah Allah menahan hati mereka dari teruskan.

Dan respek lah pada Mei Rose tu, takde terburu-buru nak mintak cerai walaupun dia dah suka pada Dr Syarief tu kan?
Zaman sekarang yang masih wife orang pun boleh keluar dengan lelaki lain.
Habis iddah zasss terus nikah.
Cepat betul cinta beralih arah ya?

Usai nonton macam biasa pergi makan sushi.
Tengah makan masuk whatsapp gambar Aisya kenyit mata.


: : Kami pun membalas dengan kenyit mata juga : :


: : Best lah Sushi King sekarang. Everytime makan akan dapat voucher mengikut berapa yang kita spent : :

Setiba-tiba Encik Z keluarkan kek dengan tulisan dibawah.
Katanya tak celebrate lagi birthday saya dengan Yaya.
So oklah, so sweet suamiku.
Tapi sweet tu jadi sour bila ku tengok umur 39.
“Bang, bini awok ni umur 38 tahun bang. Kita sebaya kot, acanernya boleh salah ni”
#sekaairmata

Nasiblah Normaya yang sekarang bukan yang dulu.
Kalau dulu mesti dah sentap amukan dah.
Sekarang ni apa-apa je la, bang.
Tapi macam rasa kelakar la, sebab kitorang sebaya kot?
Takkan tak ingat umur sendiri? Tsk..


: : Dia sendiri tergelak sebab salah : :

Sabtu malam tu singgah pasar malam Kamunting.
Beli teh ais yang sedap sesungguh.
Pastu malam tu main Saidina. Kali ni saya kalah teruk.
Cisssss..


: : Whatsapp masuk. Yana send gambar Mawaddah. Olololo rinduuuu : :


: : Hari Ahad duduk rumah teman Yaya buat homework. Apa ke susah nau subjek bebudak sekarang? : :


: : Sebelum gerak balik KL Yaya dengan Encik Z pegi pasar malam Aulong. Beli teh ais lagi. Kali ni yang ada cincau. Tapi yang kat pasar malam Kamunting tu lagi lazat : :

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...