Blog Maya Dot Com

#MayaTurns38 : Pavilion

Biasanya bulan Januari memang saya akan keluar dating dengan Masy.
Birthday saya bulan 1, birthday dia pun bulan 1 gak.
So konon-konon sama meraikan gitu.
Rutin biasa, pergi makan.. pergi nonton movie.. window shopping.. dan mengopi.
Itu je la hehe.
Dan mesti keluar awal pagi.
Sama ada ia turun KL, atau saya turun Shah Alam.

Tahun ni terlambat sikit datingnya sebab masing-masing membusy di bulan istimewa itu.
Tapi better late than never. So berjumpalah kami di hari Thaipusam 9 Februari tempoh hari.
Kali ni Masy turun KL sebab katanya dah lama tak turun KL.
Saya ajak ia ke Pavilion dan ke kedai tudung itik.

Jumpa kat area Bukit Bintang dan terus pergi makan Nasi Ayam Chee Meng yang sedap itu.
Lupa nak snap gambar tapi nasib ada satu gambar candid ni hehe.
Masy, kakak curi ya gambar ni.

Lepas tu menapak laju-laju ke Pavilion.
Sebab nak kejarkan movie pukul 12 tengah hari.
Dah la panassssnya ya ampun. Walhal baru 11 lebih kot masa tu.

Kami nonton filem Rings.
Ala yang cerita pasal tengok video lepas tu mati dalam masa 7 hari tu.
Kan ada versi Jepun jua. Yang ni versi orang putih.
Kali ni ceritanya cam nak tunjukkan asal usul Samara si hantu itu.

Macam keliru sikit. Yang best saya sempat terlena dalam 10 minit gitu.
Tak tau la sebab cerita ni bosan ke atau saya yang mengantuk.
Yang penting si Samara ni masih ada bergentayangan ya.
Mencari tuan baru. Dan kali ni dah ramaiiiiiiiiiiiii gila yang dah nonton video itu.
So rasanya mesti ada sambungan lagi ni.
Come on Samara, dah 2017.  Bawak-bawak la bertaubat.

Lepas nonton saya merealisasikan impian Masy yang nak masuk dalam butik dUCk.
Kena confident ya masuk dalam ni.
Yang si Masy tengok selai ia geleng. Tengok selai lagi ia gelang.
“Akak jangan mengada nak beli tudung fluffy ni yer. Ni kain tudung bawal je ni”
Gitu ia awaskan saya.

Akak beli tudung world map takpe kan kan kan.
Baru la traveler namanya. Heeee..



: : Nervous katanya pegang tudung mahal hehe : :

Lepas tu pergi butik Fashionvalet pula.
Keji perangai masing-masing dok try lipstick.
Saya pakai yang merah menyala haha.
Nak beli macam tokseyy so try pakai je sudah.
Jangan kecam kakak k…

Lepas tu gi minum petang kat DC Super Hereos.
Lupa nak snap depan kedai.
Rasa kat Sunway Putra pun ada gak kedai ni.

Air saya belah kiri tu Suicide Squad Rumble RM15.
Masy hmm ntah lah. Awak minum air apa ek, Baby?
Yang penting ais tu simbol Superman ok.
Saya punya tak dapat dikenalpasti simbol apa. Hmm..


Order Red Velvet Slice Cake RM13.
Comel sungguh la simbol Superman tu.
Rasa so so. Tak la tak sedap dan takde la sedap gila.


: : Power Girl Power-Za RM23. Sedap : :

Selain dari dating di bulan Januari, dah 3 tahun berturut-turut jua saya travel dengan Masy di awal tahun.
Kali ni tak dapat nak travel awal tahun sebab bulan 1 hari tu kan saya pergi India.
Masy pulak pergi Jogja.
Bincang punya bincang, so ok laa kita pergi jalan bulan 5 ni.
Walaupun tempat tu cam krik krik sikit hahah.

Nampaknya untuk tahun 2018 kita kena buat persediaan awal la Masy.
Ni lambat-lambat pastu kelam kabut. Tapi nak jalan jugak. Acaner?

    2 thoughts on “#MayaTurns38 : Pavilion

    1. Masy

      saye pun tak ingat nama air tu.. apekaaaaaah

      so skrg ni dah kene start pikir utk tahun depan la kot kan. hahahha pening pening.. nak jalan pon pening kahkah! nanti kite selak AA okeeeeeeh

    2. Meng

      oh kena pegi kedai superman tu.. tuntut royalti makan free..

      lama x nampak kawan ostajah masy ni. ni yang lawak masa gi macau dulu kan?

      btw.. aku x paham tudung gambar klcc mahal mcm tu… kat CM tak de ke? kalau ada pun sure lagi murah kot.

      #sorryakutakbertudung