Blog Maya Dot Com

#MayaTurns38 : Bairavaa

Dah ketinggalan sangat saya ni nak nonton filem terbaru Vijay.
So google la cari kat mana yang still main filem Bairavaa ni.
Ada kat Brem Mall, Kepong je.
So berdesup la ke sana. Dekat je pun dengan Sentul.

First time saya sampai Brem Mall ni.
Saya bayangkan owner dia orang India. Boleh?
Sebab Brem.. hmm macam dekat-dekat dengan nama Prem. Hiks.

Beli tiket, pastu brunch.
Ada satu kedai makanan Thailand kat tingkat bawah.
Lupa dah nama kedai nya.
Terus order.
Dan dua-dua food pun sedap.
3 layer tea ia pun sedap.

Pekerja tu siap tahu ‘Ni first time akak makan kat sini kan?’
Nampak nau memang ada pelanggan setia kedai ni.
Tengok menu banyak lagi food lain yang macam menyelerakan, so nanti nak repeat datang makan sini lah.

Ececey mementang baru balik India dan nak menonton filem Tamil, terus feeling pakai Punjabi kan.
Sut Punjabi ni saya beli kat Sarojini Market, Delhi.
Saya beli 2 pasang. Cumanya tang seluar tu cam seksi sikit sebab jenis legging yang tarik sampai ke bawah.
Hmm tengokla cemana nanti. Mungkin kena pakai dengan palazo loose je kot lepas ni.

Dan Alphabet Bag dari dUCk.
Ada kisah di sebalik pembeliaan beg ni.
Nanti la kalau rajin saya story. Kalau tak story tu makna tak rajin la.

So cemana kah cerita Bairavaa ini?
Kau kalau bagi cerita Vijay kat aku, 2 jam filem tu Vijay tidur atas jalan pun aku bagi 5 bintang haha.
Bairavaa ni jalan ceritanya agak klise jugak la.
Standard filem Tamil. Ada penjahat, ada hero, ada lawan-lawan.

Yang penting dalam filem ni Vijay kerjanya Collection Officer je pun.
Tapi hebat main kriket, hebat berlawan, hebat guna pistol.
Penipuan sangat kan? Tapi apa kisah. Vijay kot! Hiks.
Di hati saya tetap Thailavaa yang teratas.

Lepas habis nonton, buntu tak tau nak jalan ke mana.
Tanya Encik Z rajin tak nak pergi Bangi Sentral.
Dia manjang ok je. So ke Bangi Sentral lah.
Menuju ke Shawlshouse dan Jubahsouq.
Malangnya shawl yang saya nak dah sold out.
Kat Jubahsouq pulak ada satu jenis je tinggal. Lain sold out.
Walhal dah aim 3 jenis ni. Rujuk gambar di bawah.

Lawa-lawa kan?
Saya dapat beli Lily Aleesa Jubah tu je.
Yang lagi 2 tak dapat.
Lately ni gemar benar saya dengan kombinasi warna hitam, putih dan kelabu.
Tengah nak buat koleksi.

Lepas tu terus ajak Encik Z makan kat restoran Korea.
Restoran Eid.
Restoran ni merupakan branch dari restoran yang kat Itaewon, Seoul, Korea sana.
Masa kat Korea hari tu sempat kami sekeluarga makan kat sana.
Tapi tetap la feeling tu tak sama dengan makan kat Korea kan?

: : Air yang ada khasiat. Tapi sorry lupa namanya huhu : :

: : Nampak macam sikit tapi senak nak menghabiskan : :

: : Side dishes yang boleh mintak berkali kali : :

Lepas tu singgah IKEA Cheras beli barang-barang rumah.
Baik adik IKEA ni tolong angkut chest drawer atas troli.
Saya beli 3 ketul terus! Plus almari 2 ketul.
Haihh taktau la bila boleh share dengan korang cerita KSU tu.
Sambungan kes kat Mahkamah Syariah pun saya tak update lagi kan.
Ramai jugak ooo menunggu. Nanti lah yer. I is busy busy busy.