Blog Maya Dot Com

#MayaTurns38 : Adik Beradik Tiri

Hari yang sama saya belanja RSA, petang tu roger KakTin & Payiet ajak mengopi jap kat cafe sebab nak bagi depa rasa kek soda bandung yang sedap itu.


: : Walaupun letak kek dalam tin biskut dan mencomot, tapi the thoughts that count. Kan? : :

Di hari lain pula, kami breakfast sesama kat Pinang Masak.
KakTin dah pergi berkali-kali lalu wajiblah diracun kami ini untuk cuba masakan di sana.
Gigihla saya sampai office sebelum 7.30 pagi ha.
KakTin kata nasi lemak sini sedap.
Tapi masa kitorang pergi tu ada bubur nasi.
Dan kata kakak owner yang lawa itu, bubur nasi ni sesekali je ada.
Makanya terpaksalah saya ambik bubur nasi because i is bubur nasi lover u know.

KakTin makan lempeng.
Payiet makan nasi lemak.

Di hari lain pula, repeat lagi sekali.
Dengan semangat nak makan nasi lemak ni.
Tetengok ada soto ayam pulak.
Adoii.. I is soto ayam lover also u know.
So makan la soto ayam. Tak termakan lagi la nasi lemaknya.

Dapat kad birthday dari depa dua.
Custom made lagi. Payiet buat.
Sesiapa yang nak tempah custom made birthday card atau apa-apa card, boleh roger Payiet tau.
Tapi kena bagi masa at least 3 hari laa untuk dia siapkan.

Dan dapat hadiah tudung dUCk.
Hadiah ni saya yang request.
Depa transfer duit hah pegi la beli sendiri gitu.
Tapi awasnya, lepas beli kena hantar whatsapp bukti pembelian.
Hiks.

Terima kasih korang!
Sayang korang sangat.