Legoland Part IV

Tarikan baru di Legoland Johor ni ialah Ninja Go Ride.
Haruslah kami tidak melepaskan peluang nak mencubanya.
Tapi nangis kena q dekat 45 minit huhu.

Ride ia cute la. Nanti kena hapuskan pihak lawan gitu.
Ada butang kat depan kena tembak-tembak.
Baru nak naik sheh menembak setiba-tiba terhenti pulak.
Lama jugak la sampai la ada announcement kata menghadapi masalah teknikal.
Datang la 2 orang staff lelaki tolong kitorang keluar dari situ.
Dah la q lama, rosak pula. Sentap akak dik.

Jom lah kita bawa hati yang lara ni main game lain pula.
Encik Z dengan Yaya naik rides ni. Yang confirm-confirm akan basah.
Sila lah. Meh Mommy jaga beg.
Punya seronok kot depa sampai repeat 3 kali ha.
Mereput Mommy tunggu kat bawah.

Settled basah-basah, jom try jenguk balik Ninja Go Ride tu.
Tengok eh eh dah bukak balik. Q pun tak panjang sangat.
Zassss terus kami masuk.

: : Butang tu ada 4. So better masuk 4 orang sekali la baru best tau markah masing-masing. Saya main 2 butang sekali tu yang ada 2 markah tu. OK la fun jugak ride ni. Sila lah cuba kalau ke Legoland ya : :


: : Basah lenjun baju ha : :

Kami gerak keluar betul-betul sampai Legoland ni tutup.
Tak sempat nak pergi kat waterpark pun.
InsyaAllah kalau ada rezeki datang lagi nanti nak masuk waterpark pulak.
Dan nak stay kat Hotel Legoland tu. Amin.

Ingat tak lagi yang soalan Treasure Hunt Yaya dengan Encik Z masuk tu?
Yaya menang Runners Up. Encik Z pulak dapat consolation prize.
Ada la tu soalan yang depa bertekak jawapan. Jawapan Yaya la yang betul tu.
Syabbas syabbas. Tak sesia cari jawapan sana sini.

Dari Legoland singgah kat AEON sebabnya saya lupa nak pack kan bra panties Yaya.
Adoiyaii. Dah beria-ria arrange baju segala, tiba-tiba yang penting pulak lupa nak pack.
Yaya tu kalau gi travel memang semua dia serahkan kat saya je sampai kadang Encik Z bising jugak la.
Dah besar katanya, pack la baju dan barang-barang sendiri.
Yaya kata, habiss dah Mommy yang nak pack kan. Mana Yaya tauuu.
Ye la ye la, maknya ni memang kuku besi sikit.
Nak pakai baju apa semua memang saya yang arahkan tu yang Yaya malas nak melawan hehe.

Dinner malam tu konon nak pergi kat Singgah Selalu.
On la waze. Sampai-sampai tengok awat sunyi sepi ni?
Google punya google laa rupanya dah tutup dah tempat ni.
Sayangnyaaaaa. Dulu saya pernah makan kat sini.
Boleh baca entry lama kat SINI.

So tukar arah ke Restoran Sup Tulang ZZ.
Rasanya first time makan kat sini kot.
Ye la dalam internet kata sini paling famous dan sedap.
Lembab gila kot service. Kitorang dah order dulu tapi table lain yang dapat dulu.
Memang hampir amukan jugak la saya kat situ.

Food pun takde la sedap mana pun.
Saya pencinta sup ni pun rasa takde la meletup sangat nya.
Ini semua poyo.

OK dah jom balik.
Esok nak jalan-jalan lagi.
Terima kasih Legoland! Nanti kami datang lagi ya.
Awak memang best!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...