Blog Maya Dot Com

Kacang Pool Haji

Pukul 11 pagi check out dari Tune Hotel.
Panas sesungguh, tu yang bergambar mata memasing mengecik je.

Salah satu tempat makan yang terkenal kat JB ni ialah Kacang Pool Haji.
Kacang pool ni memang favourite saya.
So wajiblah mencuba.
On waze dan sap sap soii sudah sampai.


: : Menu : :

Kami order roti bakar, mee rebus, kacang pool kambing 2, kacang pool daging 1.
Ada insiden sikit jadi kat sini.
Taktau la makcik yang ambik order tu salah dengar ke apa.
Kira kacang pool kambing dah sampai, tapi yang daging saya punya tak sampai-sampai.

Bila saya tanya macam dia nak menekankan yang mangkuk kambing warna lain, mangkuk daging warna lain.
Macam menyirap jugak la saya.
Kau tak boleh la nak expect semua pelanggan tu pelanggan tetap yang selalu datang.
Tapi sebelum sempat saya lebih menyinga, ada sorang staf muda perempuan datang dan say sorry lalu cecepat suruh makcik tu buatkan yang daging punya.
Haihhh sabar je laaa…


: : Kat Putrajaya pun ada ha : :

Sedap la kacang poolnya.
Kira kalau datang JB boleh repeat lagi la..

    3 thoughts on “Kacang Pool Haji

    1. Ibu

      Eh ni yg dekat mana? Kalau kat sebelah Balai Bomba tu, tak de pulak yg kambing. Nak kena try ni!!

      1. Mya Post author

        Tak silap saya companynya sama, cuma ni cawangan lain.
        Yang dekat Balai Bomba Larkin tu macam kedai utama dia, yang ni branch.
        Saya google2 ada orang tulis yang ni lebih selesa, tu yang gi kat sini je