Blog Maya Dot Com

CNY Celebration

15 Februari hari tu ada CNY celebration kat office.
Seperti kebiasaan, berlangsung di Lanai sana.
Biasanya kalau ada acara makan-makan ceni, saya selalu pergi lewat.
Tapi tahun ni rasa macam nak pergi awal pulak, nak tengok performance.
Setelah mendapat pelepasan dari Kak As, maka pukul 12 tengah hari berdesup lah ke Lanai sana.

Tahun ni takde table dalam MPH.
Konsep makan ala-ala cocktail gitu.

: : Lama tak jumpa Apau. Siapa yang baca blog saya lama-lama dulu tau la saya selalu ikut outdoor activities dengan Apau. Tapi la ni dah pencen dah masuk hutan panjat bukit semua. Mak dah tua nak : :


: : Lengchai tarian singa sudah bersiap siaga : :

Food semua memang berkisar pada Chinese Food la kan.
Paling best ada air mata kucing Petaling Street!
Beli kat luar mahal ok. Ni ada yang free ayuhla kita minum sampai kembung.
Matikla mengharap benda free hiks.


: : Gula ketuk. Manis melecas terselit celah gigi : :


: : Kami dan singa : :


: : Kak Gee : :

Majlis dimulakan dengan Yee Sang toast.
Sedapnya yee sang. Suka suka suka.


Sesambil menjamu selera, sambil dihiburkan oleh satu band ni.
Confuse dengan penyanyi ni, Melayu ke Cina.
Suara memang sedap.
Kat instastory ada saya rekod, dengar la jugak background suara saya yang sumbangsih ini.

Tarian singa yang paling ditunggu-tunggu.
First time saya tengok dekat-dekat.
Pekak telinga sat sebab diri sebelah gendang.
Hebat singa ni lompat kemain tingginya.


: : Yang bawah kanan tu buah berangan. Dekat 15 minit q nak dapatkannya. Buah berangan ni kat luar pun mahal ok. Jadi kena makan sampai buncit. Matiklaaa hadap benda free je ke Normaya? : :


: : Rakan setable. Kelihatan Erin di situ. Erin, bila nak update blog niiii??? : :