AGJC Family Day 2016 Part II

Selesai program dalam pukul 11 pagi camtu, lepas tu semua bertebaran meneruskan aktiviti masing-masing.
Encik Z nak berehat katanya.
So saya pergi jalan-jalan dengan Nisa & Rasyad.
Diorang nak naik Vuvuzela. Aha sila lah, saya tunggu bawah je.
Memang tak ah nak naik nya.

Diorang naik kapal bawah ni jugak.
Saya mampu tengok je la.
Pernah dah naik dulu kala.
So memang tau dah hazabnya cemana.

Lepas tu kitorang naik train jalan-jalan keliling.
Turun kejap tang sini, turun kejap tang sana.
Bawah ni bukan patung statik tau. Ada orang kat dalam tu.
Kalau terserempak malam-malam mau pengsan.

Dah macam pergi funfair pulak.
Si Rasyad dok main benda baling-baling ni.
Dapat hadiah kecik kot tak silap.

Lepas tu diorang paksarela saya naik roller coaster!
Aigoo.. dah berzaman kot saya tak naik roller coaster bagai ni.
Tapi diorang kata ‘Alaaa yang ni lite lite je Maya. Tengok budak kecik tu pun naik’
K fine. Saya pun ikut la jugak naik.
Kusss semangat. Lite lite katanya. Tetaplah suara saya jugak yang kuat meraungnya.
Saya hati memang tak kental la bab rides bagai ni.

Sambung jalan lagi. Terserempak dengan Kak As sekeluarga.
Ramai-ramai masuk rumah hantu Ghostbusters pulak.
Haa dalam ni lagi la, saya belakang Kak As.
Dok tarik-tarik baju dia sebab ketakutan.
Mampu korang tarik baju boss dalam rumah hantu? Haha.

Dah lama meninggalkan Encik Z, kitorang pun patah balik.
Jumpa Azri and ajak reramai naik apa ke nama kereta bawah ni.
Tapi sebelum tu kena pakai sarung kepala dulu sebab nak pakai helmet.

Masa ni ntah macam mana boleh terbabas terpusing kitorang.
Tak tau napa Encik Z angkat tangan serupa pesalah pula.
Tunggu orang Sunway datang betulkan balik kenderaan tu baru boleh gerak semula.

Sampai Sunway Lagoon nak tutup jugak la baru kami gerak balik.
Kira betul-betul manfaatkan la peluang yang ada ni.
Aterr datang sendiri nak bayar tiket mahal kot.

Ni barang-barang dalam hamper yang menang nombor 5 persembahan tu.
Oleh sebab saya yang hangkut bawak balik, jadi saya guna kuasa veto untuk pilih dulu.

Pihak Sunway Lagoon baik hati bagi complimentary hamper pada AJK.
Dapatlah barangan seperti dibawah.

Gitulah ceritanya kisah Family Day AGJC 2016.
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi di Family Day AGJC 2018.

    One thought on “AGJC Family Day 2016 Part II

    1. Suriaamanda

      memang kalau masuk sini seronok sangat…dah lama x pi..lama gak x bawak dania…rasa cuti sekolah ni nak bawak lagi la…eh..Mya semalam macam nampak jer Kak Long Mya anak beranak kat KL Sentral…