Blog Maya Dot Com

AGJC Family Day 2016 Part I

Rentetan dari ENTRY NI.
Amboihh berjangguitt nak update ntah apa yang diperam ntah dak Normaya ni.
Makanya pepagi alam 27 Ogos tu bergerak lah saya ke Sunway Lagoon sana.
Oleh sebab sampai awal dan dah tau parking mana yang ahcunnya, dapatlah park kat sebelah parking VIP.
Jangan kecam kakak.

Tugas utama saya jaga registration counter, so siap-siaplah set kan tempat register segala.
Dan menunggu la ketibaan semua orang.

Dah selesai register segala terus lah masuk ke dalam.
Opening gambit merupakan persembahan dari abang-abang di bawah.

Tugas saya yang lain ialah monitor cabutan lucky draw.
Lepas VIPs cabut nama siapa yang bertuah, saya kena update dekat list dan serahkan pada pengerusi majlis.



Lepas tu kan, sama macam 2 tahun lepas. Ada Department’s performance.
Beria je saya bagitau dalam ENTRY NI kata sudah cukup sudah.
Tup tup kena paksarela jugak lagi. Pfftt..
Kerana kasih dan sayang saya pada RSA tidak bertepi, jadi dengan relanya saya join la jugak.
Kali ni kami buat dikir barat. Senang tak payah nak berdiri berjoget bagai.
Tepuk tepuk je gitu. Lagu Hang Pi Mana.  Hantammm je laaa..


Nah layan video

Inilah dia kami pendikir barat.
AJ, Abang Mohd Noor, Khairy, Man, Mya, Khairul, Kak Wan, Kak Noni, Liyana, Yar & Zura.
Kak Aida memula dalam grup tapi ditendang keluar sebab keras dan tak ikut rentak.
Matikla sesuka hati tendang orang keluar hiks.

: : Sambung menjalankan tugas bagi hadiah pada kanak-kanak yang menang games : :

Tak lama lepas tu keputusan department’s performance pun diumumkan.
RSA dapat nombor 5 tsk tsk tsk.
Tapi bila saya belek keputusan, markah tak jauh beza pun.
Takpelah, kalah menang kan ada pertandingan.
Kita nak suka-suka je betul tak?
Oleh sebab semua malu-malu takmau naik stage ambik hadiah, terpaksa la saya naik sorang-sorang.
Sabooo je laaa..

Dan jua pengumuman lucky draw.
Kali ni nasib saya tak sebaik 2 tahun lepas.
Cuma menang Wireless Bluetooth Portable Speaker je.
Tapi alhamdulillah syukur la kan dari takdapat apa.
Speaker ni saya dah jual pada Hakim. Dia berkenan nau nau.
Since saya pun takde keperluan nak guna lagi, so saya jual je la.

Usai selesai semua saya cari AG Jessica dan Kak As untuk say thank you.
Memang baik sesangat AG Jessica ni. Senyum je manjang.

Kamilah AJK Family Day AGJC 2016.
Masa ni Sham & Peyo dah bersama keluarga dan anak masing-masing.
Nisa, Rasyad & Aswad ni tetiga bujang.
Siapa berminat meh pm tepi meh.


: : Ulang alik ambik aiskrim sampai kembung! : :

Overall program berjalan lancar.
Lega rasa semuanya dah selesai.
Harap-harap tahun depan takde la lagi kena jadi AJK huhu.

    One thought on “AGJC Family Day 2016 Part I