Blog Maya Dot Com

AG Abu Family Day 2016 @ Legoland

Macam biasa setiap 2 tahun akan ada Family Day kat tempat kerja saya ni.
Family Day ni pulak terbahagi ikut sektor.
Makanya saya dan Encik Z bernasib baik la sebab kami sektor berlainan.
So boleh pergi Family Day 2 kali. Hashtaguntunglaa..

Kalau sektor saya buat kat Sunway Lagoon, sektor Encik Z ni buat nun di Legoland sana.
Memula tu macam kusut jugak laa sebab jauh kan.
Tapi nasib la buat masa cuti sekolah, boleh la angkut anak dara I tu.

So perancangan pun disusun gitu gini.
Biasalah, saya ler yang menyusunnya.
Encik Z dengan Yaya menurut perintah saja.

Booking Tune Hotel untuk 2 malam.
Jumaat, 2 Disember kami suami isteri half day petang.
Konon nak bertolak lepas Jumaat, tapi biasalah masa tu la baru nak iron baju.
Masa tu la baru nak basuh pinggan, masa tu la gedebak gedebuk.
Ujung-ujung pukul 5.30 petang camtu baru la bertolaknya.


: : Berhenti dinner kat R & R. Dapnyaa ada cendawan kukur masak lemak! : :

Jalan jem teruk kot.
Pukul 12 tengah malam baru sampai JB huhu.
Saya book Quad Room RM337.
Masa pergi JB tahun 2013 dulu pun saya stay kat sini gak.
Senang kot. Sebab on the move. Tak duduk hotel sangat pun kan.

3,4 hari sebelum nak ke JB ni Yaya tak sihat tau.
Demam, batuk-batuk, sakit tekak.
Saya merisau la. Ye ar nak pergi jalan-jalan tapi tak sihat, tak seronok la.
Google la petua sana sini.
Dan teringat saya perngah guna petua ni.
Bakar bawang putih, sapu olive oil pastu masuk dalam stokin.
Dan pakai tidur semalaman.

Saya pulak bagi Yaya pakai tu malam sebelum nak gi JB ni.
Esok paginya tengok kaki dia melecet.
Adoiii kesiannya anak Mommy.
Encik Z dah bebel bebel dah. Katanya kulit budak kan nipis.
Sob sob sob.
Sorry ya sayang. Next time kita cuba petua lain pula huhu.

: : Tu Encik Z tengah pakaikan handyplast kat jari kaki Yaya : :

Esoknya pepagi alam dah gerak ke Legoland.
Tak jauh sangat pun. Dalam 20 minit camtu je.

: : Dapat voucher makan : :

: : 7 jabatan di bawah sektor ini : :

: : Aturcara majlis : :


: : Bergambar dulu : :


: : Register untuk lucky draw : :

: : Kak Gee pun ada : :

: : Q ambik food : :

: : Erin & Qamilia yang omey putih gebu gebas : :


: : Kesayangans.. Kak Gee & Kak Lin : :


: :  Ninja Go kan ni? : :


: : Persembahan pembukaan. Meriah! : :

Lepas perasmian dan pengumuman lucky draw, free and easy dah.
Nama Encik Z tak sangkut lucky draw. Pasrah…
So ayuhlah kita masuk ke dalam Legoland Theme park.
Walaupun ni kali ke 2 kami 3 beranak datang Legoland, tapi teruja nya tetap ada 🙂

    One thought on “AG Abu Family Day 2016 @ Legoland

    1. Gayi

      Salam, yg petua tu sy ada buat juga. Bawang putih yang dah dibakar dipotong, jgn halus sgt, potong biasa je. Kemudian baru gaul dgn olive oil. Tapi cuma olive oil yg sapu kat tapak kaki, jgn letak bawang putih tu… mmg boleh melukakan.