Yaya Tingkatan 1

Sepatutnya nak up entry Hari Anugerah Kecemerlangan Yaya dulu, tapi sebab gambar campur baur dalam GoPro, so takpelah, kita up je la cerita yang dah ada gambar nya yer.
Korang pun tak kisah kan saya up cerita mana 1 dulu.
Janji saya update. Kan?
Walhal korang semua dah tak blogging dah.
Sentap bila tengok list semua pun tak berupdate.
Napa korang ni? Napa taknak jadi blogger dah? Why?
Matikla tersasar dari tajuk. Hiks.

Minggu pertama Januari 2017 tu saya ambik cuti hari Selasa, 3hb.
Saja la nak hantar Yaya pergi sekolah.
Walaupun cam tak hantar pun takpe.
Tapi takpela. Boleh tengok anak pakai baju uniform sekolah menengah gitu.

Setelah 3 tahun pakai baju pengawas, haaa sekarang pakai baju kurung.
Senang sikit nak mengironnya.
Sebelum tu kita throwback sikit gambar ia Darjah 1.
Omey omey angat ni muka macam anak cina.

Sekarang dah 13 tahun umurnya.
Dah anak dara dah ha. Lagi 5 tahun boleh nikah dah #eh

: : 2011 vs 2017 : :

Terima kasih Allah kerana meminjamkan saya seorang insan bernama Yasmin ini.
Semoga panjang lah umur kami untuk saling menemani dan melengkapi rasa seorang anak dan ibu.

Belajar rajin-rajin sayang.
Walaupun PT3 lagi 2 tahun tapi kena gerak gempur dari sekarang tau.
Taknak nanti haa kecewa macam UPSR hari tu.
Apa-apa pun, Mommy doakan yang terbaik untuk awak 🙂

    4 thoughts on “Yaya Tingkatan 1