Blog Maya Dot Com

Selepas Balik Korea

Lepas balik Korea tu kocoh-kocoh la nak selesaikan segala mala urusan.
Nasib la saya ada balance cuti lagi sehari. So ambik half day half day.
Khamis pulak saya MC, kena food poisoning hebat gila.
Cirit birit dengan muntah teruk.
Bayangkan muntah dengan berak serentak. Kau rasa?????
Lemah lembik longlai dibuatnya.

Salah satu urusannya ialah nak selesaikan rambut Yaya ni ha.
Dia kan tetiap tahun buat relaxing.
Tahun ni kami bincang-bincang, tukar fesyen. Marilah kita kerintingkan ia.
Pegi kedai biasa kat Sri Rampai nun.

Saya drop ia pukul 3 petang camtu.
Siap saya pergi Mahkamah Syariah Jalan Duta dengan Poslaju Batu Caves.
Pastu balik rumah solat apa semua.
Pergi pulak office ambik Encik Z.
4 jam baru la siap rambut Yaya.
Kena Rm280. Pengsan.

Belah bawah relaxing tu masih ada lagi.
Cuma belah depan rambut ia macam tak kemas dah.
Ye la rambut asal dah tumbuh kan.

Dah siap.
Amboi.. macam rambut orang dewasa sangat nih.
Tapi lawa la.

Hari Jumaat janji janjian nak jumpa dan lunch sekali dengan Di.
Memang selalu aktiviti kitorang ni jumpa setahun sekali, hujung tahun hehe.
Di, reader blog saya yang paling setia.
Dan seronok jumpa Di ni sebab sembang apa semua pasal blogger dia tahu.

Kami lunch kat Dolly Dim Sim, Nu Sentral.
Hari tu kan tak dapat nak makan dengan My Girlfriends, tu yang ajak Di.
Sib baik dia dah biasa makan sini, so order apa semua dia yang uruskan.
Saya dengan Yaya haruslah first time.
Food semua sedapppp. Suka suka suka.
Tapi kalau ajak Encik Z taktaulah dia nak ke tidak.

Lupa nak snap gambar depan kedai.
Snap atas escalator pun boleh laaa.
Tu nampak Dolly Dim Sum kat bawah nun.

Nampak kat Bath & Body Works ada sale.
Terus terjah masuk tengok.
Nampak candle New York ni terus ingat kat Ayu.
Ayuuuu… tunggu kami naaaa hehe.

Saya beli 3 candle ni. Yang dedua winter tu letak dalam bilik dan kat depan.
Yang Sundress tu letak dalam bilik Yaya.
Wangiiii semua. Suka suka suka.

Kami pakai beg sama.
Basta Bag by Alia Bastamam Sometimes.
Suka sangat ah beg ni.
Dan saya pakai tudung itik baru. Heeee..
Ni pun rerasa macam nak beli yang warna putih pulak.
Adoiii apa kes la kena sawan dUck ni!

Di ada bagi coklat dengan keychain Sniggles.
Saya ada snap gambar tau.
Tapi bila scroll handphone cari gambar tu takde.

Ni bukan first time gambar dalam handphone saya ghaib.
Kau jangan gegila phone. Baru setahun jagung usia lu.
Jangan nak buat perangai.

Hari Sabtu, hari terakhir 2016, pepagi dah keluar sebab nak gi Klang, nak beli barang sekolah Yaya.
Breakfast dulu kat Rimba & Rusa.
Memang dah niat nak bawak Yaya try makan sini.
Sebab saya dah penah pegi Januari 2016 hari tu kan, rasa bersalah pulak kalau tak bawak ia hehe.

Buku menu baru dan menu pun dah tukar.
Takde la tukar sangat, tapi side dish semua dah diletak asing.
Kena bayar harga asing huhu.


: : Kemain drinks memasing kan. Saya macam biasa, share2 je air depa. Selebihnya minum air masak sudahhh hehe : :


: : Portion besar dan sedap. Itu tidak dinafikanlah : :


: : Creme Brulee sedappp : :

Selesai makan terus la menuju ke Klang sana.
Berdesap desup membeli. Tapi baju takde la pulak.
So beli je la dulu apa yang ada. Nanti sambung cari kat tempat lain.

Dari Klang pergi Pustaka Jaya kat Wangsa Maju.
Memang dok beli stationery semua kat sini je.
Senang semua ada.

Pastu pergi AEON Wangsa Maju.
Nasib ada saiz baju putihnya kat sini.


: : Team Momotaro : :


: : Team Buaya : :

    3 thoughts on “Selepas Balik Korea

    1. diyanadi

      Perjumpaan setahun sekali gituh. Sekarang dah sawan itik pulak hehe.
      Thanks for the treat. Love u my kakak.