Blog Maya Dot Com

Sebelum Pergi Korea

Saya compilekan je lah aktiviti-aktiviti saya 3 beranak sebelum pergi Korea.
Dah snap gambar semua kan, so update je lah.

Buat IC Yaya kat UTC Sentul.
Ikutkan dah lewat lebih sebulan gak.
So kena la bayar denda RM10.

Masa IC nak siap, staf kat kaunter tu tanya.
“Tarikh nikah bila?”
“Saya dah berpisah dengan bapak dia. Nak kena bagitau tarikh nikah jugak ke?”
“Habis tu siapa?” juih bibir pada Encik Z yang tengah duduk
“Suami. Saya dah nikah lain”
Diam.
“Ingat tak tarikh nikah dengan bapak Yasmin ni? Kita kena tau sebab dia anak tunggal. Nak tau susur galur keturunan”

Staf tu saya boleh katakan macam pangkat nenek-nenek dah.
Muka tu macam ala-ala syak wasangka je. Tak sukerrrrrr.

Renew paspot Yaya jugak kat sini.
Tapi hari lain sebabnya hari yang buat IC tu boleh pulak sistem down huhu.
Masa nak buat paspot ni pun ada situasi jugak.

“Puan, ada bawak bukti hak penjagaan tak?”
“Alaa.. tak bawak laa”
“Kalau macam tu kita tak boleh buat Puan. Kena ada bukti hak penjagaan Yasmin ni Puan yang dapat”
Erghhh stressssss.
Tapi dipendekkan cerita, selesai jugak la urusannya.

Cari barang-barang persediaan ke Korea kat Sunway Putra Mall.
Beli kat Universal Traveler. Beg dengan kasut.



Pegi Uniqlo kat  Fahrenheit sebab nak cari winter coat saya dengan Yaya.
Walaupun saya dah ada 2 helai yang pakai pegi Macau tu, tetap nak beli satu yang tebal.
Kan nak main salji! Heeeee..

Lepak ngopi-ngopi kat Old Town.
Kitorang ni kalau dah buntu sangat tak tau nak makan mana memang tuju Old Town je.

Ni pulak kat Decathlon. Tetiga beli winter coat ha.
Murah tapi tak tebal sangat, tapi boleh laaa buat tambah-tambah tukar-tukar.

Pegi Kenanga gak sebab nak cari legging Yaya.
Lepak Kopiesatu minum ice blended. Dapppnyaaa.

Cari kudap kudap dengan biskut segala kat AEON AU2 nak bawak ke Korea sana.
Milo, nestum semua lah.

Makan kat foodcourt baru AEON Big Wangsa Maju.
Masa ni gi Daiso. Biasalah nak cari bebenda kekecik nak bawak gi Korea jugak.

Ni kat rumah Kak Red.
Kelihatan kucing Kak Red cuba meloloskan diri dari Yaya.
Gi rumah Kak Red sebab nak sewa pinjam barangan winter ia.
Mekasih Kak!

Gi Sunway Putra Mall lagi sebab Yaya ada berkenan beg sekolah kat Kaison.
Alang-alang dah ada berkenan tu kita beli sekalian lah.

Bawak Yaya makan kat Restoran Healthy Vegetarian.
Dua kali kitorang repeat makan kat sini.
Yaya suka. Dia pun kata sedap semua food.

Tapau Starbucks. 3 beranak gilakan ice blended.
Lepas makan healthy food, minum pulak ice blended. Tak balance sungguh kan.


: : Sedondon 2 beranak : :