Recognition

Macam biasalah hujung tahun mesti ada Recognition Program RSA.
Kali ni buat kat Dinar Matahari. Tarikh kejadian 8 Disember 2016.
Tema biru putih.


: : Doorgift berupa bekas makanan tipuware hehe : :




Ada acara tukar-tukar hadiah. Kena beli barang harga tak kurang dari RM20.

Then nanti cabut nombor tengok la siapa dapat hadiah siapa.
Ni bawah ni hadiah saya nak bagi orang. Lupa plak nak snap dulu apa dalamnya.
Saya beli set mandian kat Mitsui Outlet sana. Set mandian dari Korea.

Tapi di hari kejadian nombor saya tak dicabut sebab ada staf yang cuti.
So disimpanlah sampai staf yang cuti masuk kerja.
Cabut punya cabut dapat kat Emli.
Saya cakap la kat Emli nak snap gambar.
Memang tak ah dia nak layan saya. Nyampah!
Dah la dapat hadiah kita mahal tau tak, pastu sombong pulak. Eieieiieie.

Saya dapat hadiah seperti dibawah.
Kak Shikin punya hadiah. Tapi ia pun cuti di hari kejadian.
So tak dapat la nak snap gambar together-gether.
Bekas simpanan. Boleh letak sayur dan letak dalam fridge.


Untuk program sukan dalaman RSA, team saya dapat tempat ketiga.
Cisss..
Dah la banyak-banyak sukan tu saya yang contribute kemenangan.
Main dart saya menang, main batu seremban saya menang, main karom saya menang.
Tapi kalau ahli lain kalah acanerrrrr? Kalah la jugakkk. Pfftt.
Tak sangka pulak saya terer main dart. Hiks.


: : Kapten pasukan Happy Feet yang dapat nombor 3 haaa. Dapat la bekas tupperware sorang satu : :

Tahun ni saya terima 2 award.
Teamwork (Group) yang diberi nama “Charlie’s Angels Award”.
Ni sebab saya dalam grup RSA In-House Learning.
Dapat cash tapi semua pun bagi pada Kak Noni.
Nanti nak gi makan-makan. Kalau tak cukup cash tu, Kak Noni top up. Heee..

Award ke 2 pulak saya dapat Teamwork (Duo) yang diberi nama “Mr. & Mrs Smith Award”.
Yang ni saya berkolaborasi dengan Imad untuk program RSA Quiz.
Suka je saya jawab-jawab soalan ni. So out of 17 team, kami dapat nombor 3.
Dapatlah cash sorang RM20. Alhamdulillah.



Makan time!
Food simple je lah sebab minum petang kan.


: : OOTD saya di hari kejadian. Seluar chiffon tu jenama Kitschen. Lama dah beli tapi baru 2,3 kali je pakai. Blouse ala Neelofa tu beli kat Kenanga. Tudung dari HijabsByHanami : :

One thought on “Recognition

Comments are closed.