Perth : Thank You!

Transport dari Kings Park ke airport Ima yang tolong uruskan.
Nanti la saya korek resit kot ada berapa yang kitorang kena bayar.
Lupa sudah. Tapi ownernya ialah orang Melayu kita yang duduk kat sana.

Sebelum balik sempat Ima bekalkan kitorang coklat ni ha.
Aduh duh duh.. Baik betul lah dia.


: : Terus wrap beg AUD10 : :

Terus check in dan drop luggage.
OK la orang tak ramai sangat kat kaunter.



: : Ima suruh try air ni. Air tenaga katanya : :

Lepas tu terus je pergi kat Gate.
Kira memang ngam-ngam la timing kitorang ni.
Tak sempat nak ronda pun dalam airport ni.
Terus je q, tengok plane pun dah ada.

Flight took off on time. 4.40 petang.
Perjalanan pun smooth je.

Makan time.
Saya repeat Bibimbap.
Masa makan ni sedap je.
Tapi masa saya gi Korea tu awat jadi tak sedapppp aaaaaa…

Pukul 10.30 malam selamat mendarat di KLIA2.
Encik Z jemput saya kat airport.
Saya tumpangkan Amy balik sekali jalan je pun.

Gitulah berakhirnya percutian 5 hari 4 malam saya ke Perth, Australia.
Macam biasa nanti saya buat kesimpulan ok?

2 thoughts on “Perth : Thank You!

Comments are closed.