Perth : Kings Park

Hari terakhir di Perth.
Bangun pepagi packing siap apa semua.
Nangis saya nak sumbat sweater Australia 7 helai kot! Heee..
Terus je check out dan tinggal beg kat reception.


: : Tunggu  bas nak ke Kings Park. Kemain ceria memasing warna oren kuning bagai : :


: : Duduk sebelah anak mat salleh yang kemain comel petah : :

Bas yang kitorang naik tu tak berhenti kat belah dalam, makanya kena la menapak.
Kalau nak bas yang masuk ke dalam kena tukar Circle Lain. So adalah malas.
Tapi takde la jauh mana pun menapaknya.

Datang Perth tak pergi Kings Park macam satu kelompongan gitu.
Kings Park ni ala-ala Taman Tasik Perdana kita lah.

Mula plannya nak patah balik ke apartment ambik beg.
Tapi rancangan berubah. Cuma saya dengan Lyn je balik ambik beg, tumpang kereta Ima.
Thank you Ima susah-susah berulang alik.

Sampai balik semula kat Kings Park tengok family Amy semua dah ada.
Kebetulan Mak Amy dengan saudara maranya pun bercuti kat Perth jugak masa tu.
Ima dah siap-siap masak mee goreng dengan pakej bawak kek sekali ha.
Kebetulan jugak hari tu birthday Dee. So sekalian makan-makan dan celebrate.

Lepas tu yang lain semua jalan masuk dalam explore Kings Park ni.
Saya dengan Lyn berdua duduk melepak je kat bangku sambil sembang-sembang.
Both kitorang sakit kaki huhu.
So rasanya tak sampai suku pun kot saya jalan dalam Kings Park ni hehe.
Dalam pukul 1 tengah hari dah gerak menuju ke airport.