Melaka : Selat Horizon Condo

Bab cari mencari hotel ni biasalah, memang kerja Mommy la kan.
So macam biasa google la sana sini sebab nak cari apartment yang ada 3 bilik.
Jumpa Selatah Horizon Condo ni yang letaknya di Pantai Klebang.
Memula book via booking.com tapi lepas tu terus deal dengan owner je.
Harga booking.com RM350 kot tak silap. Tapi kalau direct dengan owner dia boleh bagi RM320.
Masalahnya bisnes card owner tu pun mana dah tah saya campak huhu.

Condo ni ada 3 bilik, 2 bilik air. Selesa lah. No komplen.
Memang ni area perumahan la. Cumanya owner sewakan as homestay. Gitu.
Ownernya pun baik sangat. Cina.
Yang penting panggil saya Kak Nor. Kak Nor pun Kak Nor laaa..







: : Swimming pool dari atas : :

Paling penting untuk budak-budak ada swimming pool lah kan.
Petang tu masing-masing dah turun berendam dah.



One thought on “Melaka : Selat Horizon Condo

Comments are closed.